Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Askar - Melatih askar
Index
Melatih pelbagai askar yang berlainan
Halaman ini memberi penerangan kepada anda bagaimana hendak melatih pelbagai askar, tempat latihan dan kegunaan utama askar tersebut.
Unit asas
Titik perhimpunan diperlukan untuk mengarahkan askar-askar dan merupakan pra-syarat untuk membina berek.
Sebaik sahaja berek dibina, anda boleh mula melatih askar asas.
Askar asas |
||
![]() |
Askar Legion | Askar Rom |
![]() |
Askar Belantan | Askar Teuton |
![]() |
Falanks | Askar Gaul |
Unit lain - bagaimana penyelidikan berfungsi
Untuk melatih unit lain, anda perlukan:
- Melengkapkan pra-syarat unit yang mahu dilatih
- Menyelidik uni tersebut di akademi. Penyelidikan adalah mahal. Kos dan masa yang diperlukan untuk menyelidik boleh dilihat di akademi.
- Setelah penyelidikan selesai, anda boleh melatih unit tersebut di berek, kandang kuda atau bengkel jentera (bergantung jenis unit)
Nota: Setiap kampung perlu membuat penyelidikan sendiri. Jika kampung tersebut dijajah, semua penyelidikan akan hilang.
Infantri lain - berek
Berek adalah tempat anda melatih askar infantri. Setelah selesai membuat penyelidikan di akademi, anda boleh mula melatih askar tersebut di berek
Askar infantri lain | ||
![]() |
Pengawal Pertahanan | Askar Rom |
![]() |
Askar Empayar | |
![]() |
Askar Lembing | Askar Teuton |
![]() |
Askar Kapak | |
![]() |
Peninjau | |
![]() |
Askar Pedang | Askar Gaul |
Askar berkuda - Kandang Kuda
Dengan membina bengkel fabrikasi, anda memenuhi pra-syarat untuk membina kandang kuda, dimana semua askar berkuda dilatih. Semua askar berkuda juga mempunyai prasyarat sebelum boleh dilatih di kandang kuda.
Selepas unit askar berkuda selesai diselidik di akademi, anda boleh melatihnya di kandang kuda.
Askar berkuda | ||
![]() |
Kesatria Diplomatik | Askar Rom |
![]() |
Kesatria Empayar | |
![]() |
Kesatria Jeneral | |
![]() |
Paladin | Askar Teuton |
![]() |
Kesatria Teutonik | |
![]() |
Penjelajah | Askar Gaul |
![]() |
Panglima Halilintar | |
![]() |
Panglima Druid | |
![]() |
Haeduan |
Jentera penggempur - Bengkel Jentera
Untuk melatih jentera penggempur, anda perlukan bengkel jentera.
Selepas unit jentera penggempur diselidik di akademi, anda boleh melatihnya di bengkel jentera.
- Kereta Pelantak satu-satunya unit yang boleh memusnahkan tembok kampung.
- Tarbil Api/Tarbil pula unit yang boleh memusnahkan bangunan-bangunan. Memusnahkan istana atau residen adalah diperlukan untuk menawan sesebuah kampung.
Jentera penggempur | ||
![]() |
Kereta pelantak | Askar Rom |
![]() |
Tarbil Api | |
![]() |
Pelantak | Askar Teuton |
![]() |
Tarbil | |
![]() |
Pelantak | Askar Gaul |
![]() |
Tarbil |
Askar perluasan
2 jenis askar yang boleh digunakan untuk meluaskan jajahan anda:
Peneroka:
- Peneroka boleh membina kampung baru di mana mana slot kosong, ia bermula dengan sebuah bangunan utama sebagaimana anda baru memulakan permainan anda.
- Peneroka TIDAK perlu diselidiki.
Pentadbir (senator, penghulu, pemimpin)
- Mereka digunakan untuk menurunkan kesetiaan dan menawan kampung.
- Pentadbir perlu diselidik di akademi dahulu. Penyelidikan pentadbir adalah SANGAT mahal. Pastikan anda membaca keterangan dibawah sebelum membuat penyelidikan.
Peneroka dan pentadbir dilatih di istana atau residen.
Di residen, anda boleh melatih 3 peneroka atau 1 pentadbir bermula pada tahap 10, dan kemudian tahap 20. Istana pula boleh melatih 3 peneroka atau 1 pentadbir pada tahap 10, 15 dan 20.
Untuk menyemak jumlah slot yang telah digunakan, anda boleh klik pada istana atau residen kampung tersebut dan lihat "Perluasan"
Askar perluasan | ||
![]() |
Senator | Askar Rom |
![]() |
Peneroka | |
![]() |
Penghulu | Askar Teuton |
![]() |
Peneroka | |
![]() |
Pemimpin | Askar Gaul |
![]() |
Peneroka |
Penggunaan askar-askar
Semua askar mempunyai nilai-nilai serangan dan pertahanan tersendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan yang berbeza, dan cara penggunaan terbaik yang tersendiri.
Tambahan pula, setiap kampung mempunyai nilai pertahanan asas. Ini bermakna bahawa sebuah kampung tanpa pasukan pertahanan mungkin dapat membunuh pasukan penyerang. Pertahanan asas ini dipengaruhi oleh residen / istana, tembok batu / dinding bumi / palisade dan bonus semangat.
Terdapat had jumlah pasukan keluar, dan ini ditetapkan untuk 10k pergerakan keluar setiap akaun.
Pertahanan
Sebilangan askar (Askar Legion, Pengawal Pertahanan - Askar Rom; Askar Lembing, Paladin - Askar Teuton; Falanks dan Panglima Druid - Askar Gaul) merupakan askar yang kuat dalam pertahanan. Mereka merupakan pertahanan terbaik bagi puak masing-masing. Ada pertahanan yang bagus terhadap infantri, ada pertahanan yang bagus terhadap askar berkuda. Gabungan kedua-duanya adalah yang terbaik.
Apabila diserang, semua askar yang berada di kampung tersebut akan membantu mempertahankan kampung dari diserang. Anda boleh membantu kampung lain (kampung anda atau ahli persekutuan anda) dengan menghantar askar sebagai bantuan di kampung mereka dan memastikan ia sampai sejurus sebelum askar serangan tiba. Mengumpulkan pertahanan terhadap serangan besar adalah cara terbaik untuk menyekat serangan tersebut, dengan kerugian pertahanan yang kurang.
Perisai unit boleh dipertingkatkan di Bengkel fabrikasi pada kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kebolehan bertahan mereka.
Penyerang
Sebilangan askar (Askar Empayar, Kesatria Empayar, Kesatria Jeneral - Askar Rom; Askar Belantan, Askar Kapak, Kesatria Teutonik - Askar Teuton; Askar Pedang, Panglima Halilintar dan Haeduan - Askar Gaul) memiliki kekuatan serangan yang baik. Mereka cenderung kepada membuat kerosakan yang tinggi semasa menyerang, dibandingkan jika mereka diletakkan sebagai pertahanan semasa peperangan.
Senjata unit boleh diperbaik di Bengkel fabrikasi di kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kekuatan menyerang mereka.
Serangan terbahagi kepada 2 tujuan berbeza:
-Serbuan
Serbuan biasanya digunakan untuk merompak sumber pihak musuh. Penyerang membuat serangan pantas dan pergi sambil membawa sumber yang berjaya dirompak.
Rompakan juga boleh digunakan bagi tujuan memberi sedikit kerosakan kepada pertahanan musuh tanpa melibatkan kematian banyak/semua askar.
Unit penyerbu terbaik:
- Gaul - Panglima Halilintar, kerana kelajuan mereka
- Teuton - Paladin, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka
- Rom - Kesatria Empayar, kerana kapisiti tinggi yang boleh dibawa mereka
Askar Belantan sering dilihat sebagai perompak terbaik kerana kos latihan yang murah yang membolehkan mereka membayar balik kos latihan dengan cepat. Digabungkan dengan kekuatan serangan mereka, mereka juga bagus untuk membunuh askar pertahanan selain merompak.
Meskipun Paladin bukan unit serangan, keupayaan mereka untuk merampas sumber-sumber setanding dengan kelajuan Panglima Halilintar, dan sebagai askar berkuda, ia boleh digunakan di peringkat awal permainan bagi membunuh Askar Belantan yang lemah terhadap askar berkuda.
-Serangan normal
Serangan Normal (bukan Serbuan) juga boleh digunakan untuk merampas sumber-sumber, tetapi jika terdapat pertahanan di dalam kampung tersebut, kerugian besar pada kedua-dua belah pihak boleh dijangkakan.
Serangan normal
- adalah pertempuran sehingga satu pihak kalah (salah satu pihak mati semua askar).
- boleh membebaskan askar sahabat yang terperangkap (sekurang-kurangnya 1 unit hidup)
- boleh memusnahkan tembok dan/atau bangunan (dengan kereta pelantak dan/atau tarbil)
- boleh menurunkan kesetiaan kampung dan menawannya (dengan menggunakan pentadbir)
Tembok memberi bonus pertahanan yang baik. Menggunakan kereta pelantak untuk menyerang boleh merosakkan tembok dan merendahkan kekuatan pertahanan semasa serangan dan seterusnya meningkat peluang kejayaan kepada penyerang. Lebih banyak kereta pelantak, lebih cepat tembok dimusnahkan.
Bagaimana cara pentadbir mendapatkan kampung boleh didapati di laman Menjajah kampung.
Pengintipan
Pengintip (Rom: Kesatria diplomatik, Teuton: Peninjau, Gaul: Penjelajah) boleh digunakan untuk mengintip musuh serta mempertahankan kampung dari pengintipan.
Pengintip dihantar untuk meninjau kampung musuh dan cuba untuk mendapat informasi tentang:
- Unit pertahanan dan sumber
- Unit pertahanan dan bangunan pertahanan (tahap tembok dan residen/istana)
Jika kampung yang hendak diserang mempunyai pengintip di dalam kampung, sebilangan/semua pengintip penyerang akan mati dan kampung pertahanan akan tahu yang kampungnya cuba ditinjau. Sekurang-kurangnya satu pengintip perlu berjaya pulang untuk membolehkan penyerang mendapat maklumat tentang kampung yang diintip.
Untuk mengesan pengintipan di kampung anda, adalah dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya (5-30) pengintip di setiap kampung. Anda juga digalakkan untuk meletakkan lebih pengintip di sesetengah tempat (i.e ibu kota, kampung askar serangan). Anda pasti tidak mahu musuh mendapat maklumat askar/pertahanan anda di dalam kampung.