Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Askar - Melatih askar

Index

Melatih pelbagai askar yang berlainan

Halaman ini memberi penerangan kepada anda bagaimana hendak melatih pelbagai askar, tempat latihan dan kegunaan utama askar tersebut.

Unit asas

Titik perhimpunan diperlukan untuk mengarahkan askar-askar dan merupakan pra-syarat untuk membina berek.

Sebaik sahaja berek dibina, anda boleh mula melatih askar asas.

Askar asas
Legionnaire Askar Legion Askar Rom
Clubswinger Askar Belantan Askar Teuton
Phalanx Falanks Askar Gaul

Unit lain - bagaimana penyelidikan berfungsi

Untuk melatih unit lain, anda perlukan:

  • Melengkapkan pra-syarat unit yang mahu dilatih
  • Menyelidik uni tersebut di akademi. Penyelidikan adalah mahal. Kos dan masa yang diperlukan untuk menyelidik boleh dilihat di  akademi.
  • Setelah penyelidikan selesai, anda boleh melatih unit tersebut di berek, kandang kuda atau bengkel jentera (bergantung jenis unit)

Nota: Setiap kampung perlu membuat penyelidikan sendiri. Jika kampung tersebut dijajah, semua penyelidikan akan hilang. 

 

Infantri lain - berek

Berek adalah tempat anda melatih askar infantri. Setelah selesai membuat penyelidikan di akademi, anda boleh mula melatih askar tersebut di berek

Askar infantri lain
Praetorian Pengawal Pertahanan Askar Rom
Imperian Askar Empayar
Spearman Askar Lembing Askar Teuton
Axeman Askar Kapak
Scout Peninjau
Swordsman Askar Pedang Askar Gaul

Askar berkuda - Kandang Kuda

 

Dengan membina bengkel fabrikasi, anda memenuhi pra-syarat untuk membina kandang kuda, dimana semua askar berkuda dilatih. Semua askar berkuda juga mempunyai prasyarat sebelum boleh dilatih di kandang kuda.

Selepas unit askar berkuda selesai diselidik di akademi, anda boleh melatihnya di kandang kuda.

Askar berkuda
Equites Legati Kesatria Diplomatik Askar Rom
Equites Imperatoris Kesatria Empayar
Equites Caesaris Kesatria Jeneral
Paladin Paladin Askar Teuton
Teutonic Knight Kesatria Teutonik
Pathfinder Penjelajah Askar Gaul
Theutates Thunder Panglima Halilintar
Druidrider Panglima Druid
Haeduan Haeduan

 

Jentera penggempur - Bengkel Jentera

 

Untuk melatih jentera penggempur, anda perlukan bengkel jentera.

Selepas unit jentera penggempur diselidik di akademi, anda boleh melatihnya di bengkel jentera.

  • Kereta Pelantak satu-satunya unit yang boleh memusnahkan tembok kampung.
  • Tarbil Api/Tarbil pula unit yang boleh memusnahkan bangunan-bangunan. Memusnahkan istana atau residen adalah diperlukan untuk menawan sesebuah kampung.
Jentera penggempur
Battering Ram Kereta pelantak Askar Rom
Fire Catapult Tarbil Api
Ram Pelantak Askar Teuton
Catapult Tarbil
Ram Pelantak Askar Gaul
Trebuchet Tarbil

 

Askar perluasan

 

2 jenis askar yang boleh digunakan untuk meluaskan jajahan anda:

Peneroka:

  • Peneroka boleh membina kampung baru di mana mana slot kosong, ia bermula dengan sebuah bangunan utama sebagaimana anda baru memulakan permainan anda.
  • Peneroka TIDAK perlu diselidiki.

Pentadbir (senator, penghulu, pemimpin)

  • Mereka digunakan untuk menurunkan kesetiaan dan menawan kampung.
  • Pentadbir perlu diselidik di akademi dahulu. Penyelidikan pentadbir adalah SANGAT mahal. Pastikan anda membaca keterangan dibawah sebelum membuat penyelidikan.

Peneroka dan pentadbir dilatih di istana atau residen.

Di residen, anda boleh melatih 3 peneroka atau 1 pentadbir bermula pada tahap 10, dan kemudian tahap 20. Istana pula boleh melatih 3 peneroka atau 1 pentadbir pada tahap 10, 15 dan 20.

Untuk menyemak jumlah slot yang telah digunakan, anda boleh klik pada istana atau residen kampung tersebut dan lihat "Perluasan"

Askar perluasan
Senator Senator Askar Rom
Settler Peneroka
Chief Penghulu Askar Teuton
Settler Peneroka
Chieftain Pemimpin Askar Gaul
Settler Peneroka

 

Penggunaan askar-askar

Semua askar mempunyai nilai-nilai serangan dan pertahanan tersendiri. Mereka juga mempunyai kemampuan yang berbeza, dan cara penggunaan terbaik yang tersendiri.

Tambahan pula, setiap kampung mempunyai nilai pertahanan asas. Ini bermakna bahawa sebuah kampung tanpa pasukan pertahanan mungkin dapat membunuh pasukan penyerang. Pertahanan asas ini dipengaruhi oleh residen / istana, tembok batu / dinding bumi / palisade dan bonus semangat.

Terdapat had jumlah pasukan keluar, dan ini ditetapkan untuk 10k pergerakan keluar setiap akaun.

Pertahanan

Sebilangan askar (Askar LegionPengawal Pertahanan - Askar Rom; Askar Lembing, Paladin - Askar Teuton; Falanks dan Panglima Druid - Askar Gaul) merupakan askar yang kuat dalam pertahanan. Mereka merupakan pertahanan terbaik bagi puak masing-masing. Ada pertahanan yang bagus terhadap infantri, ada pertahanan yang bagus terhadap askar berkuda. Gabungan kedua-duanya adalah yang terbaik.

Apabila diserang, semua askar yang berada di kampung tersebut akan membantu mempertahankan kampung dari diserang. Anda boleh membantu kampung lain (kampung anda atau ahli persekutuan anda) dengan menghantar askar sebagai bantuan di kampung mereka dan memastikan ia sampai sejurus sebelum askar serangan tiba. Mengumpulkan pertahanan terhadap serangan besar adalah cara terbaik untuk menyekat serangan tersebut, dengan kerugian pertahanan yang kurang.

Perisai unit boleh dipertingkatkan di Bengkel fabrikasi pada kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kebolehan bertahan mereka.

Penyerang

Sebilangan askar (Askar Empayar, Kesatria EmpayarKesatria Jeneral - Askar Rom; Askar BelantanAskar KapakKesatria Teutonik - Askar Teuton; Askar PedangPanglima Halilintar dan Haeduan - Askar Gaul) memiliki kekuatan serangan yang baik. Mereka cenderung kepada membuat kerosakan yang tinggi semasa menyerang, dibandingkan jika mereka diletakkan sebagai pertahanan semasa peperangan.

Senjata unit boleh diperbaik di Bengkel fabrikasi di kampung tersebut dan seterusnya meningkatkan kekuatan menyerang mereka.

Serangan terbahagi kepada 2 tujuan berbeza:

-Serbuan

Serbuan biasanya digunakan untuk merompak sumber pihak musuh. Penyerang membuat serangan pantas dan pergi sambil membawa sumber yang berjaya dirompak.

Rompakan juga boleh digunakan bagi tujuan memberi sedikit kerosakan kepada pertahanan musuh tanpa melibatkan kematian banyak/semua askar.

Unit penyerbu terbaik:

Askar Belantan sering dilihat sebagai perompak terbaik kerana kos latihan yang murah yang membolehkan mereka membayar balik kos latihan dengan cepat. Digabungkan dengan kekuatan serangan mereka, mereka juga bagus untuk membunuh askar pertahanan selain merompak.

Meskipun Paladin bukan unit serangan, keupayaan mereka untuk merampas sumber-sumber setanding dengan kelajuan Panglima Halilintar, dan sebagai askar berkuda, ia boleh digunakan di peringkat awal permainan bagi membunuh Askar Belantan yang lemah terhadap askar berkuda.

-Serangan normal

Serangan Normal (bukan Serbuan) juga boleh digunakan untuk merampas sumber-sumber, tetapi jika terdapat pertahanan di dalam kampung tersebut, kerugian besar pada kedua-dua belah pihak boleh dijangkakan.

Serangan normal

  • adalah pertempuran sehingga satu pihak kalah (salah satu pihak mati semua askar).
  • boleh membebaskan askar sahabat yang terperangkap (sekurang-kurangnya 1 unit hidup)
  • boleh memusnahkan tembok dan/atau bangunan (dengan kereta pelantak dan/atau tarbil)
  • boleh menurunkan kesetiaan kampung dan menawannya (dengan menggunakan pentadbir)

Tembok memberi bonus pertahanan yang baik. Menggunakan kereta pelantak untuk menyerang boleh merosakkan tembok dan merendahkan kekuatan pertahanan semasa serangan dan seterusnya meningkat peluang kejayaan kepada penyerang. Lebih banyak kereta pelantak, lebih cepat tembok dimusnahkan.

Bagaimana cara pentadbir mendapatkan kampung boleh didapati di laman Menjajah kampung.

Pengintipan

Pengintip (Rom: Kesatria diplomatik, Teuton: Peninjau, Gaul: Penjelajah) boleh digunakan untuk mengintip musuh serta mempertahankan kampung dari pengintipan.

Pengintip dihantar untuk meninjau kampung musuh dan cuba untuk mendapat informasi tentang:

  • Unit pertahanan dan sumber
  • Unit pertahanan dan bangunan pertahanan (tahap tembok dan residen/istana)

Jika kampung yang hendak diserang mempunyai pengintip di dalam kampung, sebilangan/semua pengintip penyerang akan mati dan kampung pertahanan akan tahu yang kampungnya cuba ditinjau. Sekurang-kurangnya satu pengintip perlu berjaya pulang untuk membolehkan penyerang mendapat maklumat tentang kampung yang diintip.

Untuk mengesan pengintipan di kampung anda, adalah dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya (5-30) pengintip di setiap kampung. Anda juga digalakkan untuk meletakkan lebih pengintip di sesetengah tempat (i.e ibu kota, kampung askar serangan). Anda pasti tidak mahu musuh mendapat maklumat askar/pertahanan anda di dalam kampung.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak