Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Mesej dan Laporan
- Ikon laporan
- Berkongsi laporan serangan dengan semua pemain dalam pelayan yang sama.
- Fungsi menyusun laporan
- Laporan sekeliling
Mesej dalam-permainan (IGM)
Jika anda lihat menu di atas kampung anda, terdapat 2 menu bersebelahan (Kuning untuk Mesej dan Hijau untuk Laporan - Jika terdapat mesej atau laporan baru). Dengan klik pada menu mesej paparan inbox anda akan ditunjukkan dimana anda boleh mengakses semua mesej anda, menulis mesej baru kepada pemain lain atau pun menyimpan mesej penting dalam arkib anda (jika anda mempunyai akaun Travian Tambahan)
Mesej dalam permainan adalah fungsi yang disediakan oleh Travian untuk membolehkan pemain saling berinteraksi antara satu sama lain, hanya perlu masukkan ID pemain lain di ruangan penerima, subjek dan kandungan mesej anda.. Selepas itu klik "Hantar" dan mesej anda akan dihantar ke pemain yang anda maksudkan. Jika anda diberi kuasa untuk menghantar mesej kepada semua pemain dalam Persekutuan dengan memasukkan [ally] pada ruangan penerima.
BBCode dalam IGM
Anda mungkin perasan terdapat beberapa fungsi tambahan di bahagian atas mesej anda:
Fungsi ini membolehkan anda menggunakan bbcode pada IGM anda.
Kita mulakan dengan penerangan untuk 3 butang terakhir:
Jika anda klik pada butang kayu, ia akan mengembang dan membolehkan anda memilih mana-mana ikon kayu / tanah liat / besi / tanaman untuk dimasukkan ke dalam mesej anda.
Jika anda klik pada butang dengan gambar "Viking", ia akan mengembang dan membolehkan anda memasukkan emosi (i.e senyum, marah dll) ke dalam mesej anda.
Jika anda klik pada butang pedang, ia akan mengembang dan membolehkan anda memasukkan ikon mana-mana askar ke dalam mesej anda.
Selain memasukkan ikon ke dalam mesej, anda juga boleh menulis mesej bold (klik butang "B"), italic (klik butang "i") dan underlined (klik butang "U").
Anda juga boleh masukkan pautan ke profail persekutuan (klik butang dengan 3 ikon manusia), ke profail pemain (klik butang dengan 1 ikon manusia), ke koordinat (klik butang dengan peta kecil) atau ke laporan serangan (klik butang dengan ikon laporan).
Apabila anda menghantar mesej dengan fungsi ini, mesej anda akan seperti ini:
Jika anda klik pada ikon di sebelah kanan (yang ditunjukkan anak panah merah), anda boleh lihat mesej tersebut seperti yang bakal diterima penerima.
Fungsi menyusun mesej
Fungsi ini membolehkan anda menyusun mesej kepada yang paling awal diterima atau yang paling lewat.
Untuk menggunakan fungsi ini, klik pada "Dihantar" (Sent) untuk menyusun mesej kepada yang paling awal diterima.
Jika anda menghantar terlalu banyak mesej dalam tempoh masa yang pendek, mesej berikut akan ditunjukkan.
Ia adalah sistem pencegah spam. Anda hanya perlu tunggu sebentar untuk menghantar IGM semula.
Laporan
Laporan adalah maklumat-mesej yang dihantar oleh Travian untuk memberitahu anda mengenai peristiwa di akaun anda, mis. jika seseorang telah menyerang anda atau jika seseorang menghantar anda bantuan. Laporan pertempuran lengkap hanya akan dihantar kepada anda dalam salah satu situasi berikut:
- Anda adalah pembela.
- Anda adalah penyerang dan sekurang-kurangnya 1 pasukan terselamat.
- Anda adalah penyerang dan anda membunuh sekurang-kurangnya 25% tentera musuh dalam serangan anda.
Untuk kes bantuan, laporan hanya akan menunjukkan kepada anda jumlah pasukan anda yang terbunuh.
Sekiranya terdapat bala bantuan dari lebih dari 10 kampung, dan serangan tidak menyebabkan kerugian, pasukan bantuan tidak akan menerima laporan pertempuran untuk serangan tersebut.
Sekiranya anda menggunakan akaun Plus, anda boleh menyusun laporan anda mengikut tarikh.
Ikon laporan
Anda boleh lihat terdapat pelbagai ikon pada sebelah kiri laporan anda. Ia bertujuan untuk memudahkan anda mengetahui sedikit sebanyak berkaitan laporan tersebut.
Laporan terbahagi kepada 4:
- Perdagangan
- Bantuan
- Serangan
- Lain-lain
Ikon laporan pula dipecahkan kepada beberapa bahagian:
Perdagangan Pedagang bawa lebih kayu
Pedagang bawa lebih tanah liat
Pedagang bawa lebih besi
Pedagang bawa lebih tanaman
Bantuan Bantuan tiba
Serangan Menang sebagai penyerang tanpa kerugian
Menang sebagai penyerang dengan kerugian
Kalah sebagai penyerang (tiada askar kembali)
Menang sebagai pembela tanpa kerugian
Menang sebagai pembela dengan kerugian
Kalah sebagai pembela (semua askar pertahanan mati)
Kalah sebagai pembela (tiada askar pertahanan bertahan)
Lain-lain Lain-lain (cth: serangan natar)
Laporan pengembaraan
Tiada peperangan berlaku, askar alam berjaya ditangkap.
Misi meninjau berjaya
Misi meninjau gagal
Berjaya menangkis peninjau
Gagal menangkis peninjau
Anda juga boleh bawa tetikus ke ikon untuk mendapatkan maksud ikon tersebut.
Ikon-ikon ini membantu anda mendapat gambaran berkaitan laporan tersebut.
Ia juga boleh membantu anda menyusun serangan persekutuan anda. Anda hanya perlu klik pada ikon dan laporan akan disusun semula mengikut jenis ikon yang anda klik.
Butang 1 adalah untuk menapis laporan serangan, butang 2 untuk menapis laporan pertahanan dan akhir sekali butang 3 untuk menapis laporan serangan ahli persekutuan dengan kurang 100 askar dan tiada kerugian.
Berkongsi laporan serangan dengan semua pemain dalam pelayan yang sama
Anda boleh berkongsi laporan anda dengan setiap pemain pada pelayan tersebut.
Laporan serangan tersebut kelihatan seperti ini: speed.travian.com.my/berichte.php?id=1168740|6063be47
Kod selepas | adalah kod yang hanya boleh dilihat dari akaun anda. Laporan serangan anda yang ditunjukkan dalam laporan serangan persekutuan tidak mengandungi kod ini. Oleh itu, hanya anda yang boleh membenarkan laporan serangan anda tersebar ke mana-mana pemain dalam pelayan tersebut.
Jika anda hantar laporan tanpa kod terakhir (speed.travian.com.my/berichte.php?id=1168740), hanya rakan sepersekutuan anda yang boleh melihat laporan tersebut. Jika laporan ini tersebar ke pemain di luar persekutuan anda, pemain tersebut tidak akan boleh melihat laporan tersebut.
Fungsi menyusun laporan
Fungsi ini membolehkan anda menyusun laporan kepada yang paling awal diterima atau yang paling lewat.
Untuk menggunakan fungsi ini, klik pada "Dihantar" (Sent) untuk menyusun mesej kepada yang paling awal diterima.
Laporan sekeliling
Ini adalah pilihan baru di T4. Laporan sekeliling ini tidak seperti laporan yang biasa anda lihat atau terima di Travian.
Laporan sekeliling ialah laporan atas apa yang berlaku di sekeliling kampung anda (jiran-jiran). Anda boleh melihat laporan ini dengan masuk ke laporan anda dan klik tab "sekeliling" yang terletak di sebelah paling kiri. Di sini anda boleh lihat jika oasis atau kampung di sekeliling anda diserang, pertukaran nama kampung dan sebagainya.