Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

07. Bagaimana hendak membina lapangan sumber?

Mari kita lihat kembali mesej yang diterima anda sebelum ini.

Masuk ke Mesej dan klik pada mesej "Selamat Datang ke Travian"


welcome
Anda telah mula bermain dan masa perlindungan pemain baru semakin berkurangan. Adalah lebih baik kita mula membuat pembinaan.

Nota: Tempoh perlindungan pemain baru adalah berbeza bergantung kepada umur dan kelajuan pelayan yang dimainkan anda. Mendaftar pada pelayan yang telah lama bermula membolehkan anda mendapat masa perlindungan pemain baru yang lebih panjang, tetapi ia agak bahaya kerana pemain lain telah berkembang besar.


Klik pada pandangan keseluruhan kampung dan mari kita mula membuat pembinaan.

build1
Jika anda lihat pada pandangan keseluruhan kampung anda, anda boleh lihat terdapat bulatan-bulatan kecil memenuhinya. Itulah lapangan sumber yang akan menjana produksi sumber anda. Semakin tinggi tahap lapangan sumber, semakin tinggi produksi anda. Mari kita naikkan tahap 1 lapangan sumber tanaman. Adakah anda nampak bulatan merah yang kami bulatkan? Klik ia di kampung anda.

build2

Ini adalah ladang anda. Anda boleh lihat pada tahap 0, ia hanya menjana 2 tanaman sejam. Jika kita naikkan tahapnya, ia akan menjana 5 tanaman sejam. Klik pada tulisan hijau Tingkatkan ke Tahap 1 (Upgrade to level 1). Setelah anda klik, anda akan dibawa semula ke pandangan keseluruhan kampung, lihat bahagian bawah dan anda boleh lihat sesuatu seperti ini: 

Bangunan:
Tanaman (tahap 1) 0:02:30 jam siap pada pukul 07:03 pm

Ia bukan benar-benar seperti di atas, kerana bergantung pukul berapa anda mula membina.
Sekarang tunggu 2 minit 30 saat...
(2 minit 30 saat kemudian..)

Sekarang, lapangan tanaman anda telah meningkat ke tahap 1. Anda juga boleh lihat produksi tanaman anda telah meningkat.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak