Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bangunan - Umum
Pada awal permainan, tumpuan anda seharusnya diberikan kepada peningkatan produksi sumber. Klik pada Keseluruhan Kampung dan klik satu tapak sumber dari 18 tapak sumber tersedia (Kayu, Tanah Liat, Besi dan Tanaman) untuk menaikkan tahap sumber anda.
Senarai bangunan yang boleh dibina boleh didapati apabila anda klik pada tapak kosong di dalam kampung anda.
Keseluruhan kampung
Sumber dihasilkan di Keseluruhan Kampung bergantung kepada jumlah tapak sumber di kampung tersebut. Setiap kampung akan mempunyai 18 tapak sumber yang boleh dibangunkan. Kebiasaannya, kampung pertama anda akan mempunyai 4 tapak untuk Kawasan Pembalakan, 4 tapak untuk Kuari Tanah Liat, 4 tapak untuk Lombong Bijih Besi dan 6 tapak untuk Ladang tetapi Lembah Terbiar di sekeliling kampung anda berkemungkinan mempunyai pembahagian tapak sumber yang berbeza.
Pada awal permainan, tapak sumber masih belum dibangunkan (berada pada tahap 0). Petak sumber pada tahap 0 menjana 2 produksi sumber setiap jam. Apabila anda mempunyai jumlah sumber yang mencukupi di dalam gudang dan jelapang anda, anda boleh meningkatkan tahap tapak sumber anda ke tahap yang lebih tinggi, dengan klik pada tapak sumber anda dan mesej sebegini akan dipaparkan:
Kos untuk meningkatkan ke tahap 1:
Di bawah mesej tersebut, terdapat pautan yang membenarkan anda meningkatkan tahap tapak sumber terbabit.
Anda boleh membatalkan arahan yang di berikan dengan klik pada tanda () di Keseluruhan Kampung, perlu diingat bahawa tidak semua jumlah sumber akan dikembalikan!
Pusat Kampung
Di dalam Pusat Kampung, anda akan dapat melihat beberapa tapak untuk membina bangunan. Hanya satu bangunan sahaja boleh dibina di setiap tapak tersebut. Anda boleh membina semua jenis bangunan di atas tapak terbabit kecuali Titik Perhimpunan dan Kubu (Tembok).
Hanya satu jenis bangunan sahaja boleh dibina di setiap kampung kecuali Gua, Gudang dan Jelapang. Anda boleh membina seberapa banyak Gua, Gudang dan Jelapang setelah anda menaikkan tahap bangunan terbabit ke tahap yang maksimum.
Setiap bangunan mempunyai fungsi yang berbeza sama ada dari segi politik, ekonomi atau ketenteraan. Sebagai tambahan, anda perlu memenuhi beberapa syarat penting sebelum sesebuah bangunan dapat dibina. Syarat - syarat penting tersebut dapat dilihat di halaman pembinaan bangunan atau anda boleh klik Arahan pada menu sebelah kiri anda.
Berhati - hati dengan tanda merah X (), Sumber anda tidak akan dikembalikan sepenuhnya apabila anda membatalkan pembinaan yang sedang berjalan!
Struktur Pembinaan
Struktur dan prasyarat pembinaan bangunan yang lengkap boleh dirujuk seperti gambarajah berikut.Klik pada gambarajah dibawah untuk melihat keseluruhannya. Pasar memerlukan Gudang pada tahap 1 dan Jelapang pada tahap 1 di T3!

Bangunan
Bangunan dan Sumber adalah aspek terpenting permainan Travian. Ia membenarkan anda melatih askar - askar, menyimpan sumber anda, mendapatkan persekutuan dan meningkatkan produksi sumber.
Sumber
Anda boleh melihat keseluruhan tapak sumber anda di Keseluruhan Kampung. Jika diperhatikan, akan dapat melihat kadar produksi sumber anda dalam tempoh sejam, tentera anda yang tersedia di dalam kampung (jika ada), dan 4 jenis tapak sumber seperti berikut:
Jenis sumber |
Imej | Nota |
Kayu | ![]() |
Puak Teuton mempunyai askar yang menggunakan sumber kayu yang banyak dalam latihan. Kos pembinaan Residen juga memerlukan jumlah kayu yang banyak untuk dibina. |
Tanah liat |
![]() |
Tanah liat adalah keperluan utama Puak Gaul. Kos melatih askar Gaul memerlukan tanah liat yang banyak. Kampung yang sedang dalam pembangunan juga memerlukan lebih tanah liat |
Besi | ![]() |
Besi merupakan keperluan utama bagi Puak Rom. Kos melatih askar dan membina Tembok Bandar amat memerlukan besi sebagai sumber utama. |
Tanaman | ![]() |
Tanaman merupakan sumber paling penting untuk semua Puak dalam Travian. Bangunan memerlukan tanaman yang kurang ketika pembinaan tetapi anda masih tidak mempunyai kadar produksi tanaman yang cukup walaupun anda diberikan 6 tapak sumber untuk Ladang berbanding sumber lain. Ini kerana kadar senggaraan bangunan dan askar anda akan ditolak dari jumlah produksi Tanaman anda |
Untuk meningkat tahap tapak sumber anda, klik pada gambar seperti di atas dan arahan "Tingkatkan ke tahap X". Jika arahan ini tidak aktif, sebab atau prasyarat yang tidak dipatuhi akan dipaparkan.
Cuba dapatkan produksi sumber yang sama pada setiap masa dan jumlah tanaman pada 50% dari jumlah sumber lain, seperti Contoh:
Kayu: 100/jam
Tanah Liat: 100/jam
Besi: 100/jam
Tanaman: 50/jam
Semestinya anda boleh memilih sumber mana perlu dilebihkan, ini hanyalah panduan umum buat anda.
Bangunan
Bangunan di dalam Travian membenarkan anda membina semua jenis bangunan kecuali lapangan sumber. Untuk membina bangunan, pergi ke Pusat Kampung dan klik pada tapak kosong yang tersedia (berbentuk bulatan kecil). Senarai jenis bangunan yang boleh dibina akan tersedia dan akan boleh memilih mana - mana bangunan untuk dibina. Terdapat bangunan yang hanya boleh dibina jika syarat pembinaan dipatuhi. Cuba lihat di help.travian.com berkenaan struktur pembinaan untuk menyemak syarat pembinaan yang diperlukan bagi setiap bangunan di Travian. Pembinaan bangunan penting adalah seperti senarai dibawah.
Simpanan - jelapang dan gudang
Jelapang dan Gudang merupakan tempat simpanan semua jenis sumber dalam Travian. Jelapang digunakan untuk menyimpan tanaman sahaja manakala Gudang digunakan untuk menyimpan Tanah Liat, Besi dan Kayu. Kedua - dua bangunan ini adalah keperluan utama sesebuah kampung dan merupakan prasyarat untuk membina pasar.
Bangunan utama
Bangunan Utama adalah merupakan bangunan penting dalam pembinaan bangunan lain di dunia Travian. Hampir kesemua bangunan memerlukan tahap Bangunan Utama tertentu sebelum dapat dibina dan dengan menaikkan tahap Bangunan Utama, proses pembinaan bangunan dan lapangan sumber dapat dipercepatkan. Bermula dari tahap 10 Bangunan Utama, fungsi meruntuhkan bangunan lain boleh dilakukan.
Bangunan ketenteraan - bengkel fabrikasi, berek, kandang kuda, bengkel jentera, rumah agam wira, gelanggang latihan, tembok bandar, pagar kubu dan tembok tanah
Bangunan Ketenteraan membenarkan anda melatih, meningkatkan perisai dan senjata serta mengarahkan tentera anda dari masa ke semasa. Bangunan Ketenteraan yang paling penting ialah titik perhimpunan dan berek. Cuba lihat di "Bangunan Ketenteraan - halaman utama. Di bawah ini disenaraikan bangunan - bangunan lain yang penting dalam bidang ketenteraan.
- Tembok/kubu: Tembok bandar, pagar kubu dan tembok tanah melindungi kampung anda dari serangan dan memberikan bonus pertahanan 3%, 2.5% dan 2% untuk setiap tahap.
- Peningkatan: Bengkel fabrikasi meningkatkan tahap pertahanan dan serangan askar anda..
- Penyelidikan: Di akademi anda boleh menyelidik jenis askar yang baru dengan syarat anda memenuhi prasyarat yang ditetapkan.
- Latihan: Di berek, kandang kuda dan bengkel jentera anda boleh melatih tentera penyerang atau pertahanan.
- Wira dan oasis: Jika anda perhatikan pada peta anda, terdapat beberapa lembah terbiar yang didiami oleh haiwan buas (Askar Alam). Anda boleh menakluki oasis dengan wira untuk mendapatkan produksi sumber tambahan. Wira boleh dilatih di Rumah agam wira
- Kepantasan: Apabila anda melakukan serangan yang jauh, anda akan dapati tentera anda bergerak perlahan dan mengambil masa yang lama untuk tiba. Anda memerlukan Gelanggang latihan, untuk melatih tentera anda dari segi stamina dan kecepatan berjalan. Askar anda boleh bergerak lebih pantas merentasi Dunia Travian selepas melewati 30 tapak perjalanan.
Industri sokongan - kilang kayu, kilang bata, kilang besi, pengisar bijian dan kedai roti.
Industri sokongan memberikan anda bonus produksi sumber mengikut jenisnya. Setiap sumber mempunyai Industri sokongan dan tanaman mempunyai tambahan dengan adanya Kedai Roti.
- Kayu: Kilang kayu memproses kayu yang ditebang menjadi kayu yang lebih berkualiti dan meningkatkan jumlah produksi kayu dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kawasan Pembalakan anda di tahap 10.
- Tanah liat: Kilang bata memproses tanah liat menjadi batu bata dan meningkatkan jumlah produksi Tanah Liat dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kuari Tanah Liat anda di tahap 10.
- Besi: Kilang besi menjadikan pengeluaran besi anda kepada blok - blok besi yang kuat dan meningkatkan jumlah produksi besi dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Lombong Bijih Besi anda di tahap 10.
- Tanaman: Pengisar bijian memproses hasil tanaman anda menjadi tepung yang terbaik untuk kegunaan penduduk anda dan meningkatkan jumlah produksi tanaman dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Ladang anda di tahap 5. Sekiranya anda mempunyai Ladang pada tahap 10 dan Pengisar Bijian pada tahap 5, anda boleh membina kedai roti yang akan menambahkan 25% lagi kepada jumlah produksi sedia ada.
Perluasan - istana dan residen
Apabila kampung pertama anda semakin pesat membangun dan anda kekurangan tapak untuk membina bangunan baru, anda memerlukan kampung baru untuk membantu anda.Ini dapat dilakukan dengan melatih Peneroka. Peneroka boleh dilatih apabila anda memiliki istana tahap 10, 15 dan 20 atau residen tahap 10 dan 20.
Perdagangan - pasar dan pejabat dagangan
Anda akan sering mengalami masalah sumber di gudang atau jelapang ketika hendak melakukan sesuatu. Untuk menyelesaikan masalah sebegini, anda boleh berdagang dengan pemain lain di pasar. Apabila jumlah dagangan yang perlu dibawa semakin besar, anda memerlukan pejabat dagangan
Building IDs
ID Bangunan (gid) |
|||||||
gid |
Bangunan |
|
gid |
Bangunan |
|
gid |
Bangunan |
1 |
|
17 |
32 |
||||
2 |
|
18 |
|
33 |
|||
3 |
|
19 |
|
34 |
|||
4 |
|
20 |
|
35 |
|||
5 |
|
21 |
|
36 |
|||
6 |
|
22 |
|
37 |
|||
7 |
|
23 |
|
38 |
|||
8 |
|
24 |
|
39 |
|||
9 |
|
25 |
|
40 |
|||
10 |
|
26 |
|
41 |
|||
11 |
|
27 |
|
42 |
|||
13 |
|
28 |
|
43 |
|||
14 |
|
29 |
|
44 |
|||
15 |
|
30 |
|
45 |
|||
16 |
31 |
|
|