Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Bangunan - Sumber - Umum

Sumber

 
Lapangan sumber
Anda boleh melihat keseluruhan lapangan sumber anda di Keseluruhan Kampung. Jika diperhatikan, akan dapat melihat kadar produksi sumber anda dalam tempoh sejam, tentera anda yang tersedia di dalam kampung (jika ada), dan 4 jenis tapak sumber seperti berikut:

Jenis Sumber
Imej Nota
Kayu g1-ltr.png Puak Teuton mempunyai askar yang menggunakan sumber kayu yang banyak dalam latihan. Kos pembinaan Residen juga memerlukan jumlah kayu yang banyak untuk dibina.
Tanah liat
Clay Pit Tanah liat adalah keperluan utama Puak Gaul. Kos melatih askar Gaul memerlukan tanah liat yang banyak. Kampung yang sedang dalam pembangunan juga memerlukan lebih tanah liat
Besi Iron Mine Besi merupakan keperluan utama bagi Puak Rom. Kos melatih askar dan membina Tembok Bandar amat memerlukan besi sebagai sumber utama.
Tanaman Cropland Tanaman merupakan sumber paling penting untuk semua Puak dalam Travian. Bangunan memerlukan tanaman yang kurang ketika pembinaan tetapi anda masih tidak mempunyai kadar produksi tanaman yang cukup walaupun anda diberikan 6 tapak sumber untuk Ladang berbanding sumber lain. Ini kerana kadar senggaraan bangunan dan askar anda akan ditolak dari jumlah produksi Tanaman anda

Untuk meningkat tahap tapak sumber anda, klik pada gambar seperti di atas dan arahan "Tingkatkan ke tahap X". Jika arahan ini tidak aktif, sebab atau prasyarat yang tidak dipatuhi akan dipaparkan.

Cuba dapatkan produksi sumber yang sama pada setiap masa dan jumlah tanaman pada 50% dari jumlah sumber lain, seperti contoh:


Kayu: 100/jam
Tanah Liat: 100/jam
Besi: 100/jam
Tanaman: 50/jam
Semestinya anda boleh memilih sumber mana perlu dilebihkan, ini hanyalah panduan umum buat anda.


Simpanan - Jelapang dan Gudang

Jelapang dan Gudang merupakan tempat simpanan semua jenis sumber dalam Travian. Jelapang digunakan untuk menyimpan tanaman sahaja manakala Gudang digunakan untuk menyimpan Tanah Liat, Besi dan Kayu. Kedua - dua bangunan ini adalah keperluan utama sesebuah kampung dan merupakan prasyarat untuk membina pasar.

Industri sokongan - kilang kayu, kilang bata, kilang besi, pengisar bijian dan kedai roti.
Industri sokongan  memberikan anda bonus produksi sumber mengikut jenisnya. Setiap sumber mempunyai Industri sokongan dan tanaman mempunyai tambahan dengan adanya Kedai Roti.

  • Kayu: Kilang kayu memproses kayu yang ditebang menjadi kayu yang lebih berkualiti dan meningkatkan jumlah produksi kayu dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kawasan Pembalakan anda di tahap 10.
  • Tanah liat: Kilang bata memproses tanah liat menjadi batu bata dan meningkatkan jumlah produksi Tanah Liat dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kuari Tanah Liat anda di tahap 10.
  • Besi: Kilang besi menjadikan pengeluaran besi anda kepada blok - blok besi yang kuat dan meningkatkan jumlah produksi besi dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Lombong Bijih Besi anda di tahap 10.
  • Tanaman: Pengisar bijian memproses hasil tanaman anda menjadi tepung yang terbaik untuk kegunaan penduduk anda dan meningkatkan jumlah produksi tanaman dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Ladang anda di tahap 5. Sekiranya anda mempunyai Ladang pada tahap 10 dan Pengisar Bijian pada tahap 5, anda boleh membina kedai roti yang akan menambahkan 25% lagi kepada jumlah produksi sedia ada.

 

Simpanan dipertingkat - - Jelapang Besar dan Gudang Besar
Dengan mendapatkan artifak yang memiliki kebolehan untuk membina keduanya, anda boleh membina Jelapang Besar dan Gudang Besar. Mereka yang memiliki kampung Keajaiban Dunia boleh membina kedua duanya tanpa artifak.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak