Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bangunan infrastruktur merujuk kepada semua bangunan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan. Bangunan infrastruktur adalah seperti berikut:
Dewan perbandaran Perayaan boleh diadakan dengan adanya Dewan Perbandaran. Pada tahap 1, anda boleh mengadakan perayaan kecil dan pada tahap 10 untuk perayaan besar. Perayaan memberi anda Mata budaya dan seterusnya boleh mempercepatkan anda menjajah/membuka kampung.
Bengkel Batu Kedai Tukang Batu membuatkan bangunan anda lebih kuat dan sukar dimusnahkan tarbil. Bangunan ini hanya boleh dibina di ibu kota.
Perbendaharaan Perbendaharaan diperlukan untuk menyimpan artifak atau pelan pembangunan kuno untuk membina Keajaiban Dunia
Keajaiban Dunia Dunia Keajaiban atau WW diperlukan untuk memenangi dunia Travian. Persekutuan pertama yang berjaya membina Dunia Keajaiban tahap 100 memenangi pusingan tersebut.
Bangunan utama Bangunan Utama merupakan bangunan penting dalam pembinaan bangunan lain di dunia Travian. Hampir kesemua bangunan memerlukan tahap Bangunan Utama tertentu sebelum dapat dibina dan dengan menaikkan tahap Bangunan Utama, proses pembinaan bangunan dan lapangan sumber dapat dipercepatkan. Bermula dari tahap 10 Bangunan Utama, fungsi meruntuhkan bangunan lain boleh dilakukan.
Gua Gua digunakan untuk menyembunyikan sumber anda dari dicuri ketika serangan. Ia sangat berguna di awal permainan ketika anda tidak mempunyai askar untuk mempertahankan kampung anda.
Perluasan - istana dan residen Apabila kampung pertama anda semakin pesat membangun dan anda kekurangan tapak untuk membina bangunan baru, anda memerlukan kampung baru untuk membantu anda.Ini dapat dilakukan dengan melatih Peneroka. Peneroka boleh dilatih apabila anda memiliki istana tahap 10, 15 dan 20 atau residen tahap 10 dan 20.
Perdagangan - pasar dan pejabat dagangan Anda akan sering mengalami masalah sumber di gudang atau jelapang ketika hendak melakukan sesuatu. Untuk menyelesaikan masalah sebegini, anda boleh berdagang dengan pemain lain di pasar. Apabila jumlah dagangan yang perlu dibawa semakin besar, anda memerlukan pejabat dagangan
Kedutaan Kedutaan adalah tempat untuk diplomat bertemu. Ia membenarkan anda menyertai mana - mana persekutuan. Anda memerlukan kedutaan pada tahap 1 untuk menyertai persekutuan. Untuk mengasaskan persekutuan anda sendiri, anda memerlukan kedutaan sekurang - kurangnya pada tahap 3.