Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Oasis
Pada peringkat permulaan permainan, Oasis di miliki oleh askar alam. Oasis boleh diserbu. Anda memerlukan bala tentera yang besar untuk menyerbu oasis dan mendapatkan hasil dari serbuan tersebut.
Semasa fasa permainan awal, oasis akan memunculkan pasukan semula jadi hanya sekali. Sekiranya anda membunuh semua haiwan, oasis akan bebas sehingga akhir tempoh perlindungan pemula pelayan (pada permulaannya, bergantung pada kelajuan pelayan - tanpa perluasan), setelah saat ini pasukan alam akan muncul lagi di oasis.
Askar alam di oasis membiak dan bertambah dari masa ke semasa. Lebih sedikit bilangan haiwan liar di oasis, lebih cepat mereka membiak. Oasis boleh memberikan anda sumber jika diserbu dengan beberapa ratus tentera dan wira. Anda boleh melihat jenis dan jumlah Askar alam di Oasis tanpa perlu menghantar peninjau dengan hanya klik pada peta.
Terdapat 2 jenis oasis bagi setiap jenis sumber. Jenis 1 hanya memberikan bonus 1 sumber sahaja. Jenis yang lain memberikan bonus tanaman bersama. Apabila anda menjajah oasis, ia akan memberikan bonus terhadap produksi anda kepada kampung yang menjajah sahaja! Pertambahan bonus ini hanya melibatkan jumlah produksi sebenar setiap jam sahaja dan bukan produksi semasa.
Jenis jenis oasis |
|||||||||||
Imej 1 |
Imej 2 | Bonus | |||||||||
Jenis 1 | ![]() |
+25% kayu sejam | |||||||||
Jenis 2 | ![]() |
- | +25% kayu sejam, +25% tanaman sejam |
||||||||
Jenis 1 | ![]() |
![]() |
+25% tanah liat sejam | ||||||||
Jenis 2 | ![]() |
- | +25% tanah liat sejam, +25% tanaman sejam |
||||||||
Jenis1 | ![]() |
![]() |
+25% besi sejam | ||||||||
Jenis 2 | ![]() |
- | +25% besi sejam, +25% tanaman sejam |
||||||||
Jenis 1 | ![]() |
- | +50% tanaman sejam | ||||||||
Jenis 2 | ![]() |
![]() |
+25% tanaman sejam |
Menjajah Oasis
Anda boleh menjajah oasis dengan menggunakan wira, apabila anda menyerang oasis berulang kali dengan menggunakan wira. Oasis tersebut akan di jadikan sebahagian dari kampung anda dari mana wira melakukan serangan. Oasis mestilah terletak di Peta Kecil sekitar kampung anda (Ditengah - tengah adalah kampung anda!) sebelum boleh dijajah. Atau dengan kata lain, Ianya mestilah terletak dalam jarak 3 petak dari kampung yang ingin menjajah. Anda juga memerlukan rumah agam wira pada tahap 10 untuk 1 oasis, 15 untuk oasis kedua dan tahap 20 untuk menjajah oasis ke 3.
Contoh dibawah menunjukkan "kampung anda" ditanda hitam dan secara teorinya oasis yang boleh dijajah ditanda merah. Perunjuk: Anda hanya boleh menjajah 3 oasis sahaja untuk sesebuah kampung.

Menjajah/Menyerang Oasis Berpenduduk
Untuk menjajah oasis pemain lain, anda perlu memusnahkan pertahanan yang ada dan menyerang dengan menggunakan wira sama ada sekali atau berkali - kali. Jika pemain yang diserang itu mempunyai 3 oasis, anda hanya perlu menyerang sekali sahaja dengan menggunakan wira anda. Jika pemain terbabit mempunyai 2 oasis, anda perlu menyerang sebanyak 2 kali dan jika pemain terbabit hanya mempunyai 1 oasis, 3 atau lebih serangan diperlukan untuk menjadikan oasis terbabit milik anda.
Petunjuk: wira tidak akan hilang selepas menjajah mana - mana oasis seperti Pentadbir (Penghulu/Senator atau Pemimpim) menjajah kampung pemain lain.
Menyerbu oasis akan memberikan kesan sama seperti menyerbu kampung yang memiliki oasis terbabit dan menyebabkan kampung terbabit kehilangan 10% sumbernya di setiap serangan di setiap 10 minit. Sumber pemain yang memiliki oasis akan bertambah semula dalam tempoh 10 minit dan jika anda menyerang semula kampung terbabit selepas 7 minit pertama serangan, ia hanya akan memberikan anda 7% dari sumber pemain tersebut..
Untuk mempertahankan oasis anda dari serbuan atau serangan pemain lain, anda perlu menghantar bantuan ketenteraan yang boleh dihantar melalui titik perhimpunan dan senggaraan makanan akan ditolak dari kampung yang memiliki oasis terbabit.
Kesetiaan Oasis
Kesetiaan oasis meningkat 1% setiap 30 minit, dan tidak dapat dipengaruhi oleh pemain.
Sekiranya anda menaklukkan oasis dari pemain lain, ia akan dikembalikan kepada 100% kesetiaan dengan segera.
Melepaskan Oasis
Sekiranya anda memiliki oasis dan ingin melepaskannya, anda melakukannya dengan menekan pangkah merah di sebelah kiri perihalan oasis, di dalam rumah agam wira. Ia memerlukan masa sekitar 2 jam untuk melepaskan oasis pada kelajuan 3x dan 6 jam untuk melepaskannya pada kelajuan 1x.
Sekiranya kampung anda ditakluki, oasis akan dibebaskan dan perlu diambil semula, walaupun anda menakluki kampung anda sendiri.