Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Wira
Apa yang perlu saya buat jika diserang tanpa henti?
Diserang tanpa henti (farmed) adalah apabila seorang atau lebih pemain menyerang anda sepanjang hari.
Asas
Pertahanan terbaik: Gua dan jika anda puak Gaul, gabungkannya dengan pemerangkap.
Sangat murah dan semua pemain boleh membinanya. Gua boleh menyelamatkan sumber anda dari dicuri. Bina beberapa gua untuk memastikan jumlah sumber anda yang selamat dari rompakan adalah tinggi. Tujuan utama pemain yang datang menyerbu anda adalah untuk mendapatkan sumber, semakin banyak sumber dirompak, semakin kerap mereka menyerang.
Pasar
Perlu diingat, sumber yang didagangkan di pasar masih boleh dirompak jika masih terdapat ruang pada penyerang setelah mengosongkan gudang dan jelapang anda!
Aspek psikologi
Pandai bermain adalah satu perkara, bagus dalam diplomasi dan sentiasa bersabar juga penting, terutamanya kepada pemain yang suka bertahan.
- Sentiasa tenang dan berbaik baik dengan semua pemain.
- Jadikan pemain yang berjiran dengan anda sebagai rakan.
- Bertahan dengan baik.
- Berfikir dengan baik dan semua kemungkinan yang ada.
- Jangan mengamuk atau memaki hamun jika kalah.
Penyerang menyerang pemain kerana mahukan sumber. Jika anda memaki hamun, mereka akan mula mengalihkan perhatian kepada anda sahaja dan biasanya tarbil akan dihantar untuk memusnahkan kampung anda.
Strategi
Anda perlu memastikan penyerang tidak mendapat apa-apa dan pada masa yang sama tiada askar penyerang atau pembela yang mati. Jika anda memiliki pemerangkap, lepaskan askar penyerang yang terperangkap. Ini membolehkan perangkap anda dibuat semula, penyerang tidak perlu menyerang dengan serangan normal untuk melepaskan askarnya yang terperangkap. Tambahan lagi, 25% dari askar yang terperangkap akan mati selepas diselamatkan, oleh itu perhatian penyerang pasti ke arah anda. Elakkan dari menjadi perhatian penyerang.
Taktik
Gua merupakan senjata utama anda. Bina sebanyak gua yang boleh sehinggakan pemain yang merompak dengan wira juga gagal mendapatkan apa-apa dari kampung anda.
- Gunakan sumber untuk membuat pembinaan.
- Hantar sumber lebihan keluar (cthnya: jika anda terlebih tanah liat, beli apa-apa sumber yang ditawarkan di pasar dan pastikan waktu sumber tersebut sampai adalah waktu anda biasa di dalam-talian).
Bertarung
Buat askar pertahanan, tumpang askar anda di kampung rakan-rakan yang tidak diserang dan panggil mereka balik sekaligus apabila jumlah askar pertahanan telah cukup untuk bertahan dari serangan pemain. Rakan-rakan anda pasti tidak kisah menumpangkan askar anda jika anda ada memberi mereka sumber lebihan yang diterangkan di atas.
Diplomasi
Berdiplomasi adalah cara terbaik, anda menjadi kuat apabila ada rakan-rakan yang boleh membantu:
- Menyertai Persekutuan
Apabila anda telah menyertai persekutuan, anda bergabung di bawah satu bumbung dengan pelbagai pemain lain. Ini biasanya cukup untuk menghentikan serangan dari pemain. Bantuan lebih mudah diterima dan anda juga nampak kuat jika dibandingkan ketika anda keseorangan. Sebaiknya, cuba sertai persekutuan yang sama atau ada kaitan dengan persekutuan penyerang anda. Menyertai persekutuan yang bertentangan dengan penyerang anda boleh menyebabkan peperangan anda menjadi lebih serius.
- Terus menghubungi penyerang
Setiap pemain adalah manusia dan setiap manusia memiliki hati dan boleh dipengaruhi dengan cara psikologi.
Cuba hubungi mereka, mesej elok-elok dan dengan penuh penghormatan.
Biarpun terdapat kemungkinan mereka tetap terus menyerang, anda masih boleh terus cuba menghubungi mereka dan minta dikasihani.
Jika anda tidak pasti cara bercakap dengan baik atau kurang sabar, elakkan dari menggunakan cara ini. Menghantar mesej "Tolong berhenti serang saya" sehingga 10 kali bukan cara terbaik dan jika anda kurang sabar, anda mungkin akan mula menghantar mesej keras yang akhirnya akan menyebabkan perhatian penyerang tertumpu kepada anda. - Bantuan dari persekutuan
Minta bantuan pertahanan dari rakan-rakan persekutuan dan ingat, apabila terdapat rakan lain memerlukan bantuan, anda juga perlu membantu mereka. Hanya bersatu padu boleh melawan mereka yang berkuasa.