Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Mesej dan Laporan

         Mesej dalam-permainan (IGMs)

 

Mesej dalam-permainan (IGM)

Jika anda lihat menu di atas kampung anda, terdapat 2 menu bersebelahan (Kuning untuk Mesej dan Hijau untuk Laporan - Jika terdapat mesej atau laporan baru). Dengan klik pada menu mesej paparan inbox anda akan ditunjukkan dimana anda boleh mengakses semua mesej anda, menulis mesej baru kepada pemain lain atau pun menyimpan mesej penting dalam arkib anda (jika anda mempunyai akaun Travian Tambahan)
Mesej dalam permainan adalah fungsi yang disediakan oleh Travian untuk membolehkan pemain saling berinteraksi antara satu sama lain, hanya perlu masukkan ID pemain lain di ruangan penerima, subjek dan kandungan mesej anda.. Selepas itu klik "Hantar" dan mesej anda akan dihantar ke pemain yang anda maksudkan. Jika anda diberi kuasa untuk menghantar mesej kepada semua pemain dalam Persekutuan dengan memasukkan [ally] pada ruangan penerima.

BBCode dalam IGM

Anda mungkin perasan terdapat beberapa fungsi tambahan di bahagian atas mesej anda:


bbcode1.jpg

Fungsi ini membolehkan anda menggunakan bbcode pada IGM anda.

Kita mulakan dengan penerangan untuk 3 butang terakhir:

Jika anda klik pada butang kayu, ia akan mengembang dan membolehkan anda memilih mana-mana ikon kayu / tanah liat / besi /  tanaman untuk dimasukkan ke dalam mesej anda.


bbcode2.jpg

Jika anda klik pada butang dengan gambar "Viking", ia akan mengembang dan membolehkan anda memasukkan emosi (i.e senyum, marah dll) ke dalam mesej anda.


bbcode3.jpg

Jika anda klik pada butang pedang, ia akan mengembang dan membolehkan anda memasukkan ikon mana-mana askar ke dalam mesej anda.


bbcode4.jpg

Selain memasukkan ikon ke dalam mesej, anda juga boleh menulis mesej bold (klik butang "B"), italic (klik butang "i") dan underlined (klik butang "U").

Anda juga boleh masukkan pautan ke profail persekutuan (klik butang dengan 3 ikon manusia), ke profail pemain (klik butang dengan 1 ikon manusia), ke koordinat (klik butang dengan peta kecil) atau ke laporan serangan (klik butang dengan ikon laporan).

Apabila anda menghantar mesej dengan fungsi ini, mesej anda akan seperti ini:


bbcode7.jpg

Jika anda klik pada ikon di sebelah kanan (yang ditunjukkan anak panah merah), anda boleh lihat mesej tersebut seperti yang bakal diterima penerima.


bbcode6.jpg

Fungsi menyusun mesej

Fungsi ini membolehkan anda menyusun mesej kepada yang paling awal diterima atau yang paling lewat.

sort_report.png

Untuk menggunakan fungsi ini, klik pada "Dihantar" (Sent) untuk menyusun mesej kepada yang paling awal diterima.

sort_report2.png
Jika anda menghantar terlalu banyak mesej dalam tempoh masa yang pendek, mesej berikut akan ditunjukkan.

spam

Ia adalah sistem pencegah spam. Anda hanya perlu tunggu sebentar untuk menghantar IGM semula.

Laporan

Laporan memaparkan maklumat berkaitan dengan apa yang berlaku didalam kampung anda. Contohnya jika anda diserang oleh pemain lain, askar bantuan yang dihantar oleh pemain lain ke kampung anda atau sebaliknya. Jika terdapat laporan terbaru, ikon laporan akan berwarna hijau.

Laporan serangan yang lengkap akan diterima jika anda merupakan pembela atau anda berjaya membunuh sekurang - kurangnya 25% dari jumlah askar pertahanan musuh ketika menyerang atau terdapat askar yang kembali selepas serangan normal. Laporan yang lengkap mengandungi jumlah askar penyerang dan pembela. Laporan bantuan pula akan hanya menunjukkan jumlah askar anda yang mati ketika mempertahankan kampung pemain lain.

Akaun PLUS juga membolehkan anda menyusun laporan mengikut waktu laporan tersebut (sama seperti Mesej)

Ikon laporan

Anda boleh lihat terdapat pelbagai ikon pada sebelah kiri laporan anda. Ia bertujuan untuk memudahkan anda mengetahui sedikit sebanyak berkaitan laporan tersebut.

Laporan terbahagi kepada 4:

  • Perdagangan
  • Bantuan
  • Serangan
  • Lain-lain

Ikon laporan pula dipecahkan kepada beberapa bahagian:

Perdagangan
mostly_lumber Pedagang bawa lebih kayu
mostly_clayPedagang bawa lebih tanah liat
mostly_iron Pedagang bawa lebih besi
mostly_crop Pedagang bawa lebih tanaman

Bantuan
reinforcement_arrived Bantuan tiba

Serangan
won_attacker Menang sebagai penyerang tanpa kerugian
won_attacker Menang sebagai penyerang dengan kerugian
lost_attacker Kalah sebagai penyerang (tiada askar kembali)
won_defender Menang sebagai pembela tanpa kerugian
won_defender Menang sebagai pembela dengan kerugian
lost_defender Kalah sebagai pembela (semua askar pertahanan mati)
lost_defender Kalah sebagai pembela (tiada askar pertahanan bertahan)

Lain-lain
miscellaneous Lain-lain (cth: serangan natar)
adventure Laporan pengembaraan
animals_caught Tiada peperangan berlaku, askar alam berjaya ditangkap.
won_scout_attacker Misi meninjau berjaya
lost_scout_attacker Misi meninjau gagal
won_scout_defender Berjaya menangkis peninjau
lost_scout_defender Gagal menangkis peninjau

Anda juga boleh bawa tetikus ke ikon untuk mendapatkan maksud ikon tersebut.


a.jpg

Ikon-ikon ini membantu anda mendapat gambaran berkaitan laporan tersebut.

Ia juga boleh membantu anda menyusun serangan persekutuan anda. Anda hanya perlu klik pada ikon dan laporan akan disusun semula mengikut jenis ikon yang anda klik.


b.jpg

Butang 1 adalah untuk menapis laporan serangan, butang 2 untuk menapis laporan pertahanan dan akhir sekali butang 3 untuk menapis laporan serangan ahli persekutuan dengan kurang 100 askar dan tiada kerugian.

Berkongsi laporan serangan dengan semua pemain dalam pelayan yang sama

Anda boleh berkongsi laporan anda dengan setiap pemain pada pelayan tersebut.

Laporan serangan tersebut kelihatan seperti ini: speed.travian.com.my/berichte.php?id=1168740|6063be47

Kod selepas | adalah kod yang hanya boleh dilihat dari akaun anda. Laporan serangan anda yang ditunjukkan dalam laporan serangan persekutuan tidak mengandungi kod ini. Oleh itu, hanya anda yang boleh membenarkan laporan serangan anda tersebar ke mana-mana pemain dalam pelayan tersebut.

Jika anda hantar laporan tanpa kod terakhir (speed.travian.com.my/berichte.php?id=1168740), hanya rakan sepersekutuan anda yang boleh melihat laporan tersebut. Jika laporan ini tersebar ke pemain di luar persekutuan anda, pemain tersebut tidak akan boleh melihat laporan tersebut.

Fungsi menyusun laporan

Fungsi ini membolehkan anda menyusun laporan kepada yang paling awal diterima atau yang paling lewat.


sorting.png

Untuk menggunakan fungsi ini, klik pada "Dihantar" (Sent) untuk menyusun mesej kepada yang paling awal diterima.


sorting2.png

Laporan sekeliling

Ini adalah pilihan baru di T4. Laporan sekeliling ini tidak seperti laporan yang biasa anda lihat atau terima di Travian. 

Laporan sekeliling ialah laporan atas apa yang berlaku di sekeliling kampung anda (jiran-jiran). Anda boleh melihat laporan ini dengan masuk ke laporan anda dan klik tab "sekeliling"  yang terletak di sebelah paling kiri. Di sini anda boleh lihat jika oasis atau kampung di sekeliling anda diserang, pertukaran nama kampung dan sebagainya.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak