Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Ibukota

 

Apa yang istimewa mengenai Ibukota?

  • Ibukota tidak boleh dijajah sama sekali.
  • Berek besar atau kandang kuda besar tidak boleh dibina di Ibukota
  • Sebuah Bengkel batu boleh dibina di Ibukota yang memberikan ketahanan bangunan di Ibukota anda sehingga 300%
  • Anda boleh melanjutkan pembinaan lapangan sumber melebihi tahap 10 di Ibukota.

Bagaimana memilih Ibukota?

Kampung pertama anda sebenarnya adalah Ibukota anda secara amnya tanpa mengambil kira sama ada anda membina residen atau istana ketika bermain. Hanya selepas anda mengisytiharkan kampung lain sebagai Ibukota, kampung pertama anda akan kehilangan status Ibukota secara automatik. Ini boleh dilakukan dengan membina Istana di Kampung yang anda mahu menjadikkannya sebagai Ibukota yang baru dan dengan klik pada pautan "Jadikan Kampung ini sebagai Ibukota". Bina Istana pada tahap 1 dan anda perlu memasukkan kata laluan anda untuk pengesahan. Hanya sebuah Istana sahaja boleh dibina bagi setiap akaun pemain pada dalam satu - satu masa.


Capital link in the Palace

Apa yang terjadi jika saya menukarkan Ibukota saya?

Jika anda menukarkan Ibukota anda, Kampung yang menjadi ibukota lama anda akan kehilangan semua peningkatan tahap sumber yang melebihi dari tahap 10. Sebagai tambahan, Bengkel batu akan musnah, dan jika terdapat Berek besar atau kandang kuda besar dibina sebelum ini juga akan turut musnah. Amaran: Tiada cara untuk mengubah semula tindakan ini jika anda berubah fikiran!

Bagaimana untuk mengetahui Ibukota pemain lain?

Tanda (Ibukota)-akan diletakkan dibawah nama kampung pemain jika anda klik pada peta dan pilih kampung pemain lain.


Translation missing: Hasyourquestionbeenanswered

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wastheanswereasyunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wasthetranslationrightandunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak