Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Oasis

 Pada peringkat permulaan permainan, Oasis di miliki oleh askar alam. Oasis boleh diserbu. Anda memerlukan bala tentera yang besar untuk menyerbu oasis dan mendapatkan hasil dari serbuan tersebut. Askar alam di oasis membiak dan bertambah dari masa ke semasa. Lebih sedikit bilangan haiwan liar di oasis, lebih cepat mereka membiak. Oasis boleh memberikan anda sumber jika diserbu dengan beberapa ratus tentera dan wira. Anda boleh melihat jenis dan jumlah Askar alam di Oasis tanpa perlu menghantar peninjau dengan hanya klik pada peta.

Terdapat 2 jenis oasis bagi setiap jenis sumber. Jenis 1 hanya memberikan bonus 1 sumber sahaja. Jenis yang lain memberikan bonus tanaman bersama. Apabila anda menjajah oasis, ia akan memberikan bonus terhadap produksi anda kepada kampung yang menjajah sahaja! Pertambahan bonus ini hanya melibatkan jumlah produksi sebenar setiap jam sahaja dan bukan produksi semasa.

Jenis jenis oasis
  Imej 1
Imej 2 Bonus
Jenis 1 Lumber oasis +25% kayu sejam
Jenis 2 Lumber and crop oasis - +25% kayu sejam,
+25% tanaman sejam
Jenis 1 Clay oasis Clay oasis +25% tanah liat sejam
Jenis 2 Clay and crop oasis - +25% tanah liat sejam,
+25% tanaman sejam
Jenis1 Iron oasis Iron oasis +25% besi sejam
Jenis 2 Iron and crop oasis - +25% besi sejam,
+25% tanaman sejam
Jenis 1 Crop oasis - +50% tanaman sejam
Jenis 2 Crop oasis Crop oasis +25% tanaman sejam

Menjajah Oasis

Anda boleh menjajah oasis dengan menggunakan wira, apabila anda menyerang oasis berulang kali dengan menggunakan wira. Oasis tersebut akan di jadikan sebahagian dari kampung anda dari mana wira melakukan serangan. Oasis mestilah terletak di Peta Kecil sekitar kampung anda (Ditengah - tengah adalah kampung anda!) sebelum boleh dijajah. Atau dengan kata lain, Ianya mestilah terletak dalam jarak 3 petak dari kampung yang ingin menjajah. Anda juga memerlukan rumah agam wira  pada tahap 10 untuk 1 oasis, 15 untuk oasis kedua dan tahap 20 untuk menjajah oasis ke 3.

Contoh dibawah menunjukkan "kampung anda" ditanda hitam dan secara teorinya oasis yang boleh dijajah ditanda merah. Perunjuk: Anda hanya boleh menjajah 3 oasis sahaja untuk sesebuah kampung.

 

Conquerable oases

 

Menjajah/Menyerang Oasis Berpenduduk

Untuk menjajah oasis pemain lain, anda perlu memusnahkan pertahanan yang ada dan menyerang dengan menggunakan wira sama ada sekali atau berkali - kali. Jika pemain yang diserang itu mempunyai 3 oasis, anda hanya perlu menyerang sekali sahaja dengan menggunakan wira anda. Jika pemain terbabit mempunyai 2 oasis, anda perlu menyerang sebanyak 2 kali dan jika pemain terbabit hanya mempunyai 1 oasis, 3 atau lebih serangan diperlukan untuk menjadikan oasis terbabit milik anda.
Petunjuk: wira tidak akan hilang selepas menjajah mana - mana oasis seperti Pentadbir (Penghulu/Senator atau Pemimpim) menjajah kampung pemain lain.

Menyerbu oasis akan memberikan kesan sama seperti menyerbu kampung yang memiliki oasis terbabit dan menyebabkan kampung terbabit kehilangan 10% sumbernya di setiap serangan di setiap 10 minit. Sumber pemain yang memiliki oasis akan bertambah semula dalam tempoh 10 minit dan jika anda menyerang semula kampung terbabit selepas 7 minit pertama serangan, ia hanya akan memberikan anda 7% dari sumber pemain tersebut..

Untuk mempertahankan oasis anda dari serbuan atau serangan pemain lain, anda perlu menghantar bantuan ketenteraan yang boleh dihantar melalui titik perhimpunan dan senggaraan makanan akan ditolak dari kampung yang memiliki oasis terbabit..


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak