Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Bangunan - Keajaiban Dunia

Wonder of the World

 

Apakah Keajaiban Dunia (WW)?

 

Keajaiban Dunia sehebat namanya. "Bangunan" ini perlu disiapkan (tahap 100) untuk memenangi peperangan di dunia Travian. Setiap tahap Keajaiban Dunia memerlukan ratusan ribu (malahan berjuta) sumber untuk disiapkan. Sila rujuk dibawah untuk jumlah tepat masa pembinaan dan kos. Seperti yang dilihat, seorang pemain tidak akan mampu membina Keajaiban Dunia berseorangan. Malahan, adalah jarang sekali satu persekutuan mampu menyiapkan pembinaan Keajaiban Dunia. Sumber mungkin mampu ditampung, tetapi pembina Keajaiban Dunia memerlukan pertahanan yang kuat bagi menangkis serangan musuh.

Kampung Keajaiban Dunia

 

Terdapat 13 kampung Keajaiban Dunia bertaburan di kawasan kelabu dunia Travian sejak permulaan permainan. Ini adalah kampung-kampung yang boleh membina Keajaiban Dunia. Ibukota Natar sentiasa berada di koordinat (0|0).

Biarpun mendiami kawasan kelabu, mereka masih boleh mengembangkan empayar. Kampung pemain yang terpadam akan dijadikan kampung Natar, oleh itu mereka juga boleh berada di luar kawasan kelabu.

 

Maklumat tambahan Kampung WW.

 

Tiada satu pun dari 13 kampung Natar memiliki tembok atau residen/istana. Ini sangat penting jika anda mahu menjajah kampung tersebut. Pemain akan kerugian masa dan sumber jika tarbil dihantar untuk menghancurkan residen/istana.

Emas tidak boleh digunakan pada kampung ini. Tiada NPC dan tiada siap serta merta. Walau bagaimanapun anda boleh mengatur pembinaan untuk 2 tahap Keajaiban Dunia. Ini SANGAT penting pada penghujung permainan. Jika tarbil mensasarkan Gudang Besar apabila Keajaiban Dunia telah berada di tahap 98, ia tidak akan menjejaskan apa apa kerana pembinaan bagi tahap 99 dan 100 telah diaturkan.

Keajaiban Dunia juga boleh dinamakan semula selepas ia mencapai tahap 1. Nama Keajaiban Dunia pemain tidak lagi boleh dtukar setelah mencapai tahap 11.


Masa pembinaan di kampung Keajaiban Dunia adalah separuh dari kampung biasa dan kampung ini tidak memberikan apa-apa mata budaya.

Kampung Pelan Natar (Oasis Natar)

 

Kampung Pelan Natar atau dikenali sebagai Oasis Natar adalah tempat tersimpannya Pelan Bangunan Keajaiban Dunia. Kampung ini (ia kampung dan bukannya oasis) akan muncul kira kira 1-2 minggu selepas kemunculan kampung Keajaiban Dunia. Ia bertaburan di dunia Travian. Sama seperti kampung Keajaiban Dunia, setiap wilayah/kawasan menerima jumlah minima tertentu bagi memastikan keadilan untuk pemain. Sebagai tambahan, jumlah askar Natar yang bertahan adalah sama bagi Oasis Natar dan kampung Keajaiban Dunia.

Pengumuman akan dibuat apabila telah tiba masa kemunculan kampung Keajaiban Dunia dan Oasis Natar. 

Mengapa pelan pembinaan WW penting?

 

Pelan pembinaan Keajaiban Dunia sangat penting. Untuk membolehkan Keajaiban Dunia dibina di kampung Keajaiban Dunia, pemain yang memiliki kampung Keajaiban Dunia perlu mendapatkan dahulu pelan pembinaan Keajaiban Dunia. Satu pelan membolehkan Keajaiban Dunia dibina dari tahap 0 ke tahap 49. Untuk membolehkan pemain membina tahap 50 hingga ke tahap 100, seorang lagi pemain dalam persekutuan yang sama perlu memiliki satu lagi pelan pembinanaan Keajaiban Dunia. 

 

Bagaimana hendak mendapatkan pelan WW dari Natar atau pemain yang memilikinya?

 

Berikut adalah panduan bagi pemain yang hendak mencuri pelan Keajaiban Dunia sama ada dari Natar mahupun pemain lain:

  • 1. Pemain yang hendak mengambil pelan tersebut MESTI memiliki Perbendaharaan sekurang kurangnya tahap 10 dari kampung yang menyerang.
  • 2. Perbendaharaan kampung yang sedang memegang pelan Keajaiban Dunia mesti dimusnahkan sepenuhnya. 
  • 3. Wira yang dihantar mesti terselamat dalam serangan selepas Perbendaharaan dimusnahkan, ini kerana hanya wira yang boleh membawa pulang pelan Keajaiban Dunia.

Ini boleh dilakukan pada masa yang sama atau bila bila masa. Seorang pemain membunuh semua askar, pemain kedua memusnahkan Perbendaharaan dan pemain ketiga menghantar askar dari kampung yang memiliki Perbendaharaan tahap 10 untuk mendapatkan pelan. Atau, seorang pemain melakukan semuanya.

Pelayan akan berakhir apabila salah satu situasi ini berlaku, tidak kira yang mana dahulu

  • Pemain membina Keajaiban Dunia tahap 100.
  • Puak Natar, yang akan memulakan pembinaan Keajaiban Dunia pada hari yang telah ditetapkan ketika pelayan bermula, membina Keajaiban Dunia mereka ke tahap 100. Selepas mencapai tahap 75, semua pejuang Natar diperlukan, jadi tidak akan ada serangan kepada Keajaiban Dunia lain yang sedang bersaing milik pemain yang lain.

Ciri ciri pada tahap tertentu bangunan (cth: kos pembinaan atau mata budaya yang dihasilkan) boleh ditemui disini.

Bagi jadual tempoh pembinaan, klik disini untuk pelayan berkelajuan 1x speed, disini untuk pelayan berkelajuan 2x speed dan disini untuk pelayan berkelajuan 3x speed. 


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak