Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Laluan dagangan

Laluan dagangan membolehkan anda menetapkan masa untuk pedagang anda keluar menghantar sumber. 

traderoute
Untuk menggunakan fungsi ini, masuk ke pasar. Menu "laluan dagangan" akan muncul setelah anda memiliki lebih dari 1 kampung. Jika anda klik "laluan dagangan" tersebut, halaman seperti dibawah akan dipaparkan.



Selepas mengklik pautan "Buat laluan dagangan baru", ini adalah skrin yang akan ditunjukkan. Penjelasan sedikit pada skrin yang anda lihat di sini:

  • Kampung sasaran: kampung tempat suber akan dibawa. Ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menghantar sumber dengan menggunakan ciri ini ke kampung anda sendiri dan ke kampung-kampung Wonder of the World dan perkampungan artefak dalam persekutuan / persekutuan anda.
  • Sumber: Cukup jelas. Sumber yang anda ingin hantar ke kampung lain
  • Hantar/Dihantar pada: Anda boleh memilih untuk menetapkan waktu mula atau waktu yang anda mahu sumber tiba untuk membuat penghantaran anda lebih tepat dan kurang bergantung pada jarak ke kampung sasaran.
  • Penghantaran: Berapa kali anda ingin pedagang anda pergi?

Apabila anda membuat laluan dagangan baru, anda kini akan melihat menu lungsur di mana anda akan mempunyai pilihan untuk memilih selang dengan yang anda mahu laluan dagangan anda diduplikasi.

Bagaimana duplikasi berfungsi:

  • Anda menetapkan laluan dagangan anda bermula pukul 04:00, pilih 2 penghantaran dan pilih "Ulang setiap 4 jam" dan klik "Simpan".
  • Permainan ini akan membuat laluan dagangan dengan tetapan yang sama pada 04:00, 08:00, 12:00, 16:00, 20:00 dan 00:00.
  • Jika perlu, anda boleh menyesuaikan laluan perdagangan yang dibuat secara berasingan dengan mengklik pada "edit" pada bila-bila masa

Sebaik selesai, anda akan melihatnya dengan mengklik tab "pengurusan" di pasar. Anda boleh memilih laluan dagangan dan tekan pautan 'edit' atau tanda del. Mereka semua cukup menjelaskan diri mereka.

Selanjutnya, anda dapat melihat:

  • Waktu yang menunjukkan masa permulaan dan masa penghantaran pedagang anda.
  • Jumlah sumber yang terlibat.
  • Para pedagang yang digunakan dan waktu yang tersisa untuk laluan itu. Jika anda melihat di bawah tajuk "pedagang", anda melihat "3x1". "3" ialah jumlah penghantaran; "1" ialah bilangan pedagang. Oleh itu, 1 pedagang akan berjalan 3 kali.

Lajur terakhir dengan kotak pilihan ini memberi anda keputusan sama ada anda ingin mempunyai laluan perdagangan tertentu yang aktif/dibolehkan atau tidak aktif/tidak dibolehkan


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak