Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

01. Apakah ciri-ciri puak yang ada?

Puak Rom

Di sebabkan tahap sosial Rom dan pengetahuan dalam pembangunan teknologi adalah tinggi, Rom ialah pakar dalam bangunan dan koordinasi. Pasukan mereka juga merupakan sebahagian daripada elit dalam Travian. Mereka adalah sangat seimbang dan berguna dalam serangan dan juga dalam pertahanan.

Untuk menjamin kepelbagian ini, pasukan Rom dilatih dengan lebih lama dan mahal. Infantri mereka adalah legenda yang hidup, tetapi pertahanan mereka terhadap askar berkuda bukannya sebaik puak lain. Jumlah sumber yang mampu dibawa pedagang Rom juga kecil.

Puak ini agak sesuai untuk mereka yang masih baru.

Ciri-ciri:
  • Boleh tingkatkan atau lanjutkan bangunan dan lapangan sumber serentak.
  • Bonus pertahanan tinggi oleh tembok
  • Pedagang boleh angkut 500 unit sumber (kepantasan: 16 tapak sejam)
  • Infantri sangat kuat dan askar berkuda yang kuat
  • Pembangunan adalah mahal dan mengambil masa lama.

 

Puak Gaul

Gaul adalah paling aman daripada tiga puak dalam Travian. Askar-askar mereka dilatih untuk pertahanan yang hebat, tetapi kemampuan mereka untuk menyerang masih setanding dengan dua puak lain. Gaul ialah penunggang, kuda mereka terkenal dengan kepantasan. Ini bermakna mereka boleh menyerang hendap musuh dan menyebabkan kerosakan yang tidak dijangka.

Puak ini adalah sangat baik dalam pertahanan, tetapi taktik aggresif boleh dilakukan. Ia berikan anda peluang untuk membentuk mana-mana arah strategik (pertahanan atau aggresif, persendirian atau pembantu yang dipercayai, pedagang atau perampas, infantri atau askar berkuda, peneroka atau penjajah), tetapi anda perlu sedikit pengalaman dan bakat.

Untuk mereka yang baru bermula, Gaul merupakan puak yang terbaik.

Ciri-ciri:

  • Bonus kepantasan: Askar terpantas dalam permainan
  • Pagar kubu memberikan bonus pertahanan sederhana
  • Pedagang boleh angkut 750 unit sumber (halaju: 24 petak sejam)
  • Gua dua kali lebih besar
  • Jentera pengepung yang mahal
  • Peneroka paling murah

Puak Teuton

Teuton adalah puak yang paling aggresif. Askar-askar mereka adalah kejam dan ditakuti kerana keberangan dan kegilaan mereka apabila mereka menyerang. Mereka bergerak seperti segerombolan perampas, dan tidak takut akan kematian.

Tetapi, mereka kekurangan disiplin ketenteraan Gaul atau Rom, yang menyebabkan kelemahan mereka dalam kepantasan dan pertahanan.

Untuk para pemain yang aggresif dan aktif, Teuton adalah pilihan terbaik!
 

Ciri-ciri:

  • Tembok tanah sukar dimusnahkan, tetapi hanya berikan bonus pertahanan minimum
  • Pedagang boleh angkut 1000 unit sumber (kepantasan: 12 bidang sejam)
  • Askar yang sangat murah dan pasukan terlatih dengan cepat yang membolehkan mereka perampas yang hebat
  • Pertahanan yang lemah

Puak Mesir

Orang Mesir terkenal dengan piramid gergasi mereka, jadi tidak hairanlah mereka pakar dalam pembinaan. Tetapi mereka juga sudah pakar dalam bidang ekonomi dan telah menemui cara yang baru untuk menggunakan Sungai Nil untuk memanfaatkan pertanian mereka. Ini merupakan usaha keras birokrat dan organisasi yang efektif.

Walaupun zaman kegemilangan mereka telah berakhir, orang Mesir sentiasa bersedia untuk membina semula kekuatan mereka dan mengingatkan seluruh dunia bahawa mereka adalah satu kuasa yang disegani. Ekonomi yang efektif membenarkan mereka mempunyai output sumber yang besar dan melatih tentera dengan cepat dan murah. Mereka adalah lawan yang menggerunkan, terutama sekali apabila mempertahan di sebalik dinding mereka yang sangat kukuh.

Walaupun orang Mesir boleh menjadi aset yang sangat berharga bagi pemain yang berpengalaman, mereka juga sangat sesuai untuk pemain baru.

Puak ini hanya tersedia di dalam acara istimewa 2017, Api dan Pasir.

Perbezaannya:

  • Unit asas yang sangat murah dan boleh dilatih dengan cepat
  • Unit yang bagus dalam pertahanan
  • Dinding Batu sangat sukar dimusnahkan
  • Serangan lemah
  • Pedagang boleh membawa 750 sumber (kelajuan 16 padang/jam)
  • Pengeluaran sumber wira naik dua kali ganda
  • Bangunan tambahan: Kerja Air, meningkatkan bonus oasis
  • Gabenor mengurangkan kesetiaan kampung musuh sebanyak 20-25%

Puak Hun

Kemahiran ketenteraan orang Hun telah dikenali di seluruh dunia purba. Pemanah berkuda mereka sangat ditakuti oleh musuh mereka dan seluruh masyarakat mereka menumpu kepada pengembangan tentera. Mereka lebih suka berlawan di atas kuda, menghujani musuh mereka dengan anak panah, sebelum merempuh mereka dengan kuasa yang tidak dapat diatasi.

Raja orang Hun akan menghabiskan banyak masa menyerbu dan menjarah musuh. Sifat agresif puak ini membenarkan ketuanya yang bijak memukul musuh di tempat yang paling menyakitkan. Pasukan askar berkuda orang Hun sangat sesuai dengan kerja ini disebabkan kelajuan mereka dan juga kuasa serangan mereka yang sangat hebat. Walau bagaimanapun, pertahanan agak sukar bagi mereka dan mereka mungkin perlu meminta bantuan rakan-rakan mereka daripada puak lain untuk sokongan.

Puak ini merupakan pilihan terbaik bagi pemain veteran Travian yang sedang mencari cabaran baru.

Orang Hun ini hanya tersedia di dalam acara istimewa 2017, Api dan Pasir.

Perbezaannya:

  • Mempunyai ramai tentera askar berkuda yang laju dan kuat
  • Pertahanan yang lemah akibat daripada Dinding Sementara
  • Kurang tentera yang mempunyai pertahanan yang bagus
  • Pedagang boleh membawa 500 sumber (kelajuan: 20 padang/jam)
  • Tentera berkuda yang mempunyai wira adalah lebih laju
  • Bangunan tambahan: Pusat Perintah, menambah baik potensi untuk berkembang
  • Logades mengurangkan kesetiaan kampung musuh sebanyak 15-30%

Translation missing: Hasyourquestionbeenanswered

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wastheanswereasyunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wasthetranslationrightandunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak