Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Senarai serbuan

Bagi memudahkan anda merompak, senarai serbuan disediakan untuk memudahkan anda. Klik titik perhimpunan untuk mula membuat senarai ini.

farmslots1.png

* NOTA: Ia tertulis "0 dari 10 slot telah digunakan", ini kerana ia slot tersebut telah ditambah. Senarai asas hanya mengandungi 5 slot.

Terdapat 2 pautan di situ, mari lihat pautan yang pertama. Klik pada "cipta senarai baru"  (create new list).

farmslots2.png

  • Masukkan nama senarai ini.
  • Pilih kampung anda yang hendak digunakan untuk rompakan.
  • Klik "Cipta" untuk mula membuat senarai.

Sekarang, anda telah membuat senarai tetapi masih belum memasukkan sasaran ke dalam senarai anda.

farmslots3.png

  • 1. Nama senarai anda dan kampung yang digunakan
  • 2. Tunjuk/sorok keterangan penuh
  • 3. Tambah slot ke dalam senarai
  • 4. Memilih semua slot yang telah ada
  • 5. Memulakan serbuan ke atas slot yang dipilih.

    Jadual kosong tersebut akan menunjukkan anda populasi (kampung), jarak, jumlah askar dan serbuan terakhir bagi setiap slot dalam senarai anda.

Klik "tambah" (add) untuk membuat sebarang perubahan pada slot.

farmslots4.png

Askar yang ditunjukkan di sini adalah bagi askar Rom, tetapi rupa bentuknya adalah sama bagi puak lain. 

Anda boleh masukkan sasaran dengan koordinat, sistem juga ada menunjukkan anda kampung yang telah diserang.

  • Memasukkan sasaran sama ada dengan koordinat atau serangan yang pernah dibuat.
  • Masukkan jumlah dan jenis askar yang mahu digunakan untuk rompakan.
  • Klik "simpan" (Save).

Anda telah selesai! Anda boleh membuat perubahan jumlah/jenis askar pada bila-bila masa. Setelah anda mula menyerang, ia akan memaparkan jadual seperti berikut:

farmslots5.png

Jika anda mahu menambah slot, masuk ke halaman Plus dan cari "Senarai serbuan".

farmslots6.png

Untuk menambah slot serbuan (tambah +5 slot), klik butang "tambah" (add). Perlu diingat, menambah slot akan menyebabkan tempoh slot tambahan dipendekkan. 5 emas untuk 5 slot tambahan adalah untuk 7 hari, oleh itu 10 slot akan memendekkan tempoh menjadi 3.5 hari. 


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak