Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Pelayan Khas - Wilayah dan Mata Kemenangan

Dalam istimewa tahunan, permainan berlangsung di peta Eropah Kuno yang terbahagi kepada 87 wilayah. Khas tahun 2021, Tides of Conquest, Mata Kemenangan disimpan di kampung dan boleh diperoleh atau hilang.

Wilayah, penempatan dan kawalan

Masing-masing dari 87 wilayah bebas dapat dikendalikan oleh persekutuan, yang memberikan kampung-kampungnya di wilayah tersebut Mata Kemenangan dari masa ke masa. Di samping itu, anggota persekutuan dapat menggunakan kekuatan kuno (artefak) wilayah.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda menakluki sesuatu wilayah? Pertama, wilayah tersebut harus dibuka kuncinya. Ini berlaku sebaik sahaja 5 persekutuan yang terbesar dan teratas di dalam wilayah tersebut mempunyai jumlah sekurang-kurangnya 10,000 populasi di dalam wilayah tersebut. Populasi persekutuan lain, pemain tanpa persekutuan, yang sedang bercuti atau yang digantung, serta kampung Natar tidak diambil kira. Sebaik sahaja wilayah tersebut dibuka kuncinya, ia tidak boleh dikunci semula, walau bagaimanapun, jika populasi turun di bawah 4k maka wilayah ini berhenti menghasilkan Mata Kemenangan, dan kuasa wilayah akan dinyahaktifkan

Anda hanya boleh membuka kampung baru di wilayah yang telah dibuka kuncinya atau yang berjiran dengan wilayah yang telah dibuka kuncinya. Satu-satunya pengecualian kepada peraturan ini adalah beberapa wilayah di bahagian tengah, di mana pemain baru diletakkan dan di sini anda boleh membuka kampung baru pada bila-bila masa. 

Sekiranya satu persekutuan berjaya mencapai lebih 50% populasi di dalam wilayah tersebut (hanya 5 kampung persekutuan yang teratas di dalam wilayah tersebut diambil kira), persekutuan tersebut akan mula mengawal wilayah tersebut. Ini memakan masa 24 jam. Sekiranya mereka berjaya memegang majoriti, mereka dapat mengawal wilayah tersebut.

Maklumat mengenai populasi wilayah dan 5 persekutuan terbesar ada ditunjukkan di tab Statistik > Wilayah dan di mana-mana Kedutaan yang ada di wilayah tersebut. Sila ambil perhatian bahawa lajur "Populasi wilayah" di dalam statistik menunjukkan populasi persekutuan yang teratas di dalam wilayah tersebut, bukan jumlah populasi di dalam wilayah tersebut.

Di bawah ini adalah gambaran keseluruhan mekanik wilayah:

Status wilayah

Cara mencapainya

Kesan

Terkunci

Pada permulaannya, semua wilayah dikunci.

Tidak boleh membuka kampung melainkan jirannya wilayah yang telah dibuka kuncinya atau salah-satu wilayah di bahagian tengah.

Terbuka kuncinya

5 persekutuan teratas di dalam wilayah perlu mencapai jumlah populasi sebanyak 10,000 populasi di dalam wilayah tersebut.

Boleh membuka kampung dan dipertandingkan. Tidak boleh dikunci semula.

Dipertandingkan

Salah satu persekutuan perlu mencapai lebih daripada 50% daripada jumlah populasi 5 persekutuan teratas di dalam wilayah tersebut.

Boleh turun taraf kepada terbuka kuncinya sekiranya faksi tersebut hilang majoriti.

Selamat

Persekutuan tersebut perlu memegang majoriti tersebut selama lebih daripada 24 jam secara berterusan.

Ahli persekutuan yang mengawal boleh mengaktifkan kuasa purba wilayah tersebut (jika ada) dan persekutuan tersebut menerima mata kemenangan, selagi populasi wilayah masih melebihi 4,000.

Kuasa purba dan mata kemenangan

Persekutuan yang mengawal wilayah mendapat akses kepada kekuatan kuno wilayah itu jika ada. Mana-mana pemain persekutuan itu boleh mengaktifkan kuasa kuno.. Untuk mengaktifkan kuasa purba, pemain tersebut perlulah mempunyai Perbendaharaan tahap 10 (bagi kuasa yang kecil dan yang berkaitan dengan kampung) atau 20 (bagi kuasa yang berkaitan dengan akaun). Anda boleh mengaktifkan kuasa tersebut di dalam mana-mana kampung; tidak semestinya terletak di dalam wilayah yang sama dengan kuasa tersebut.

Anda boleh mengaktifkan satu kuasa sahaja di setiap kampung, tetapi hanya satu kuasa boleh digunakan bagi satu akaun. Sebaik sahaja diaktifkan, kuasa tersebut akan bertahan selama 24 jam, selepas itu ianya boleh diaktifkan semula sekiranya persekutuan tersebut masih memegang wilayah itu. Satu pengaktifan percuma bagi sehari; setiap pengaktifan tambahan mempunyai kos sebanyak 5 (bagi kuasa kampung) atau 10 (bagi kuasa akaun) Emas.

Kuasa tersebut boleh dinyahaktifkan dengan keadaan-keadaan yang berikut:

  • Sekiranya anda keluar daripada persekutuan anda
  • Sekiranya anda kehilangan kampung di mana kuasa itu diaktifkan
  • Sekiranya persekutuan anda hilang kawalan terhadap wilayah yang memegang kuasa itu

Kuasa purba, walaupun sangat berguna, bukanlah satu-satunya manfaat mengawal wilayah. Sekiranya anda mahu menang, persekutuan anda perlu mengumpul mata kemenangan. Ketika persekutuan mengawal sesuatu wilayah, persekutuan tersebut akan mendapat mata kemenangan. Jumlahnya bergantung pada wilayah:

  • Kuasa unik – 20 mata sehari
  • Kuasa besar – 60 mata sehari
  • Kuasa kecil – 50 mata sehari
  • Tiada kuasa – 100 mata sehari

Selain itu, Mata Kemenangan yang diperoleh oleh persekutuan dari suatu wilayah dibahagikan kepada kampung-kampung persekutuan itu di wilayah tersebut. Setiap kampung mendapat jumlah mata yang berkadar berdasarkan jumlah penduduknya berbanding dengan jumlah populasi persekutuan di wilayah tersebut. Ini bermakna, semakin besar kampung dan semakin rendah jumlah populasi persekutuan di wilayah itu, semakin banyak Mata Kemenangan yang diperoleh kampung. Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan Mata Kemenangan yang diperoleh oleh seluruh persekutuan masih sama.

Persekutuan yang mengumpulkan mata kemenangan terbanyak di akhir permainan menang. 

Tides of Conquest berlangsung 180 hari pada x1, 120 hari pada x2 dan 80 hari pada kelajuan x3.

Memperoleh atau kehilangan Mata Kemenangan

Mata Kemenangan dipadankan dengan kampung dan tidak dapat dipindahkan, tetapi kampung-kampung boleh bertukar persekutuan dan dengan itu Mata Kemenangan dapat bergerak di antara persekutuan. Kemusnahan kampung juga bermaksud kemusnahan Mata Kemenangan

Bertukar persekutuan:

  • Apabila pemain meninggalkan persekutuan, 50% VP di kampungnya hilang.
  • Menyertai persekutuan tidak akan mempengaruhi VP yang disimpan pemain.

Oleh kerana VP persekutuan adalah jumlah VP pemainnya, apabila pemain beralih ke persekutuan lain, persekutuan lamanya kehilangan semua VPnya dan persekutuan baru mendapat 50% daripadanya.

Menjajah kampung:

  • Apabila sebuah kampung dijajah dari persekutuan yang sama, semua VP disimpan di kampung akan menjadi milik pemilik baru.
  • Apabila sebuah kampung dijajah oleh seseorang yang bukan dari persekutuan yang sama, 25% VP musnah. Pemilik baru mendapat kampung dengan baki 75% VP. Oleh itu, menjajah sebuah kampung dari persekutuan lain (walaupun ia berada dalam gabungan yang sama) bermaksud 25% VP akan hilang.

Memusnahkan kampung:

  • Apabila kampung itu musnah, semua VPnya hilang.

Memadam akaun:

  • Apabila pemain memadam akaun mereka, semua Mata Kemenangan mereka juga akan dihapuskan. Ini termasuk situasi ketika Natars mengambil alih kampung pemain yang memadam akaun mereka. Kampung Natar tidak memiliki Mata Kemenangan.

Penurunan penduduk wilayah

Sekiranya penduduk wilayah jatuh di bawah 4000, wilayah itu berhenti menghasilkan VP dan tidak menawarkan kuasa wilayah. Wilayah ini masih boleh dikalahkan / dikunci / ditakluki / diamankan, mekanik cooldown penjajahan tetap tidak terjejas. Satu-satunya perubahan adalah pengeluaran VP-berhenti dan kuasa wilayah itu tidak kelihatan dalam perbendaharaan.

Contoh 1:

Wilayah ini dibuka tetapi jatuh di bawah 4000 penduduk sekali lagi

  • Walaupun di bawah 4000 penduduk, sebuah persekutuan mencapai kawalan wilayah > 50%
  • Cooldown penaklukan bermula. Mesej wilayah "penduduk terlalu rendah" masih ditunjukkan
  • 4000 penduduk kembali dicapai
  • Cooldown penaklukan ditunjukkan

Contoh 2:

  • Wilayah dibuka
  • Faction Empire menakluki wilayah itu dengan persekutuan A paling besar.
  • Pemain B menggunakan kuasa kuno.
  • Wilayah jatuh di bawah 4000 penduduk.
  • Persekutuan A tidak mendapat Mata Kemenagan (VP) dari wilayah itu, dan tidak boleh menggunakan kuasa kuno wilayah itu.
  • Pemain B masih mempunyai kuasa kuno aktif; ia tidak dibatalkan. Dia tidak dapat mengaktifkannya semula setelah kesannya habis.
  • Wilayah melebihi 4000 penduduk semula.
  • Empire dan persekutuan A mula mendapat pengeluaran VP semula dan boleh mengaktifkan kuasa kuno lagi.

Gambaran Peta

Klik peta untuk membuka versi yang lebih besar.

Peta di atas menunjukkan medan perang pelayan khas tahunan. Ia adalah Eropah kuno, terbahagi kepada wilayah. Peta menunjukkan semua sempadan wilayah (termasuk di atas air), nama, kuasa dan mata kemenangan mereka. Ia juga menunjukkan kawasan pertama setiap persekutuan. 
Catatan: ini tidak bermaksud persekutuan terbatas pada wilayah tersebut, jika tidak ada ruang untuk pemain baru di wilayah tersebut mereka akan mula muncul di wilayah lain yang berdekatan.
 
Kami telah menggunakan nama pendek untuk kuasa kuno, berikut adalah penjelasan tentang maksudnya:
  • Architect – Rahsia arkitek
  • Boots – But berkuasa
  • Confusion – Pengeliru musuh
  • Diet – Kawalan diet
  • Eyes – Mata helang
  • Storage – Penyimpan utama
  • Trainer – Pelatih berbakat

Lihat perincian mengenai kuasa kuno dalam artikel kesan artefak. Kesannya sama, namun pelayan Khas Tahunan tidak mempunyai artifak durjana.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak