Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Api dan Pasir - Gabungkan Askar

Menyatukan tentera

Menyatukan tentera adalah satu ciri-ciri yang disediakan di dalam acara istimewa 2017, Fire and Sand. Ia membenarkan anda menyatukan tentera daripada kampung yang berlainan menjadi satu tentera yang besar, tetapi ia mempunyai kos sumber atau Emas. Tentera yang disatukan kemudiannya berfungsi seolah-olah mereka dilatih di kampung halaman mereka yang baru; termasuklah kenaikan taraf di Bengkel Tukang Besi.

Cara menyatukan tentera

Anda perlu melakukan yang berikut:

  • Hantar tentera yang ingin anda satukan ke kampung yang akan menjadi kampung halaman mereka yang baru.
  • Selepas itu, buka Mata Rali di kampung sasaran.
  • Di dalam tab gambaran keseluruhan, cari tentera yang ingin anda hantar.
  • Klik pautan "satukan dengan kampung ini", seperti yang ditunjukkan di dalam tangkapan skrin di bawah ini.
  • Pada skrin yang seterusnya, pilih jumlah tentera yang ingin anda satukan. Ini akan mempengaruhi kos penyatuan.
  • Selesaikan dengan membayar dengan sumber (anda boleh menggunakan pedagang NPC jika perlu) atau dengan Emas.
Pengehadan penyatuan tentera
  • Tentera hanya boleh disatukan di bawah seorang pemilik.
  • Penduduk, pentadbir, senjata kepungan atau wira tidak boleh disatukan (wira boleh dipindahkan ke kampung lain).
  • Tiada pengehadan berkaitan dengan penyelidikan Akademi. Anda boleh menyatukan sesuatu unit ke dalam sesuatu kampung walaupun ianya tidak diselidik di dalam kampung tersebut.
Kos penyatuan tentera

Kos penyatuan bergantung pada tentera yang disatukan. Kosnya adalah dua kali ganda kos merekrut tentera tersebut. Anda boleh juga menggunakan Emas; kosnya dikira dengan membahagikan kos sumber dengan 40,000 dan membundarkan hasilnya.

Contoh: Anda ingin menyatukan 1,000 Tentera Belantan. Kos 1 unit 95 75 40 40 untuk direkrut. Semua sekali, kosnya adalah 250 sumber. Jumlah kos penyatuan adalah 250 x 1,000 x 2 = 500,000 ( 190,000, 150,000, 80,000, 80,000). Anda boleh juga membayar dengan Emas, dengan kos: 500,000 / 40,000 = 13 Emas.


Translation missing: Hasyourquestionbeenanswered

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wastheanswereasyunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak

Translation missing: Wasthetranslationrightandunderstandable

Ya   Sederhana   Tidak