Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Api dan Pasir - Pengenalan

Berikutan tradisi memperkenalkan versi Travian yang istimewa dengan ciri-ciri yang baru setiap tahun, 2017 telah membawa perubahan yang paling menggegarkan dunia. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Travian, tiga puak klasik – orang Roman, orang Teuton dan orang Gaul – akan disertai oleh dua puak yang baru: orang Hun yang digeruni dan orang Mesir yang berkebolehan!

Setiap puak yang baru ini muncul dengan set unit penuh yang baru, bangunan yang istimewa dan bonus untuk wira. Semua elemen ini disatukan untuk memberikan pemain lebih banyak peluang untuk memikirkan rancangan dan strategi yang baru. Setiap puak mempunyai kekuatan dan kelemahan ciri-ciri yang tersendiri. Kenali mereka dengan lebih lanjut:

Peta

Berikutan tradisi yang mula-mula diperkenalkan di dalam acara istimewa 2014, Eropah Purba, dan diperbaik pada tahun-tahun selepasnya, peta Fire and Sand menggambarkan Eropah purba. Bukan itu sahaja – walaupun peta game world yang biasa sangat besar, iaitu berukuran 801x801 jubin – tetapi kali ini, peta kita hanya sebesar satu perempat sahaja: 401x401 jubin. Ini bermakna kurang ruang untuk melarikan diri, dan lebih banyak aksi!

Wilayah, artifak dan kemenangan

Peta ini terbahagi kepada beberapa wilayah. Pemain perlu bekerjasama di dalam satu perikatan untuk mengawal wilayah, yang membenarkan mereka menggunakan kuasa purba (sama seperti artifak di dalam versi biasa, tetapi tidak dimiliki oleh pemain individu) dan mendapatkan mata kemenangan.

Tiada keajaiban dunia. Permainan ini berlangsung selama 200 hari, dan pada penghujungnya perikatan yang menang akan diumumkan, berdasarkan jumlah mata kemenangan yang terkumpul di sepanjang permainan ini.

Baca lebih lanjut mengenai wilayah-wilayah di sini – belajar cara untuk membukanya, mengawalnya dan menggunakan kuasa yang ada di sana.

Perbezaan lain berbanding pelayan biasa:

  • Pemain boleh menyatukan tentera daripada kampung mereka yang berlainan
  • Ahli perikatan boleh memajukan tentera daripada ahli yang lain
  • Dua kali ganda bonus Pejabat perdagangan
  • Dua kali ganda bonus Kawasan perlawanan
  • Oleh sebab kebanyakan kuasa artifak ada di wilayah-wilayah, tiada kesan rawak (artifak palsu) disediakan
  • Oleh sebab tiada artifak atau keajaiban dunia, jalan perdagangan terhad kepada kampung pemain itu sendiri sahaja

Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak