Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Bagaimana memakaikan barangan ke wira?

item

Terdapat 2 jenis barang iaitu:

  • Barang berbentuk peralatan
  • Barang berbentuk penggunaan

Kedua-dua jenis barangan ini perlu diletakkan/dipakaikan bersama wira untuk membolehkan barangan tersebut menunjukkan fungsinya, ia tidak memberi kesan jika barang tersebut terletak di inventori atau beg wira anda. . Barangan berbentuk peralatan adalah kekal dan memberikan bonus tertentu kepada wira anda dan askar yang mengiringi wira dalam serangan/pertahanan. Sebilangan peralatan juga memberikan bonus sama seperti bonus yang diberikan oleh aritifak (cth: mempercepatkan latihan askar).

Terdapat peralatan yang mampu meningkatkan kadar pemulihan wira, mengurangkan kerosakan ketika berlaku pertempuran, mengurangkan masa latihan di berek/kandang kuda, menambah produksi mata budaya, meningkatkan kerosakan oleh wira ke atas pihak lawan ketika pertempuran dan meningkatkan kekuatan serangan atau pertahanan yang mengiringi wira ketika pertempuran. Terdapat juga peralatan yang mengurangkan masa perjalanan, masa kembali dan meningkatkan halaju pergerakan askar.

item 2

Seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, kegunaan sesuatu barang itu boleh dilihat jika anda bawa tetikus anda ke arah barang tersebut. Untuk menggunakan barang tersebut, anda hanya perlu klik pada barang (jangan lepas klik) dan tarik barang tersebut ke petak-petak yang disediakan pada wira anda.  Setiap barang memiliki tempatnya sendiri, oleh itu pastikan anda letakkan barang yang hendak digunakan ke tempat yang betul (cth: barang kepala, tarik ke arah petak kepala).  Ulang cara yang sama jika anda tidak lagi mahu menggunakan barang yang ada pada wira (tukar barang).


Barang jenis penggunaan terdapat sedikit perbezaan dengan barang jenis peralatan. Seperti namanya, ia adalah untuk digunakan dan bukannya untuk dipakai. Contoh barang jenis penggunaan adalah krim ubat, pembalut, hasil seni dan tablet kesetiaan. barang jenis ini juga boleh digunakan lebih dari 1. Contohnya anda boleh menggunakan sehingga 50 krim ubat sekali pakai jika keadaan memerlukan (50 krim diletakkan dalam 1 petak sahaja).  Tambahan lagi, wira anda boleh membawa sebanyak yang boleh barangan jenis ini. Sebaik sahaja ia digunakan, jumlah barangan jenis ini akan berkurangan yang membawa maksud barang tersebut telah digunakan wira. 

Semua barangan jenis penggunaan perlu diletakkan pada petak di sebelah kanan (berdekatan kaki wira) . Anda tidak boleh meletakkan barangan jenis penggunaan di petak lain. Ia ditunjukkan pada gambar di bawah:

item3

Peringatan : sama ada barang jenis peralatan atau penggunaan, kedua dua jenis barang ini perlu diletakkan bersama wira untuk membolehkan ia aktif dan boleh digunakan.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak