Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Pengembaraan

Pengembaraan boleh dimulakan dengan klik pada helaian kecil yang terletak di sebelah muka wira di halaman kampung anda (panel wira). Terdapat 2 helaian iaitu Pengembaraan dan Lelong. Anda juga boleh terus masuk ke peta dan terus klik pengembaraan yang ada di peta.

Kerosakan ke atas wira adalah bergantung kepada tahap pengembaraan yang dilalui. Biasanya, pengembaraan dengan tahap sukar juga tidak sampai boleh membunuh wira dengan 100% kesihatan. Semakin sukar pengembaraan, semakin banyak pengalaman yang diterima wira. Meningkatkan mata bagi "kekuatan berperang" boleh membantu wira anda bertahan dengan lebih baik bagi setiap pengembaraan.

Hasil dalam pengembaraan disenaraikan seperti di bawah:

  • Tiada apa-apa (kecuali pengalaman dan kerosakan)
  • Perisai/Senjata (apa-apa tahap atau kualiti)
  • Peralatan
  • Perak
  • Sumber
  • Askar

Bagi 10 pengembaraan terawal, setiap pemain akan mendapat ganjaran yang sama iaitu

  • 1x Tiada apa-apa (kecuali pengalaman dan kerosakan)
  • 1x Kuda
  • 2x Sumber
  • 2x Perak
  • 1x Askar (3 unit asas puak pemain)
  • 1x sejumlah sangkar
  • 1x buku kebijaksanaan
  • 1x sejumlah krim ubat

Nota: Turutan ganjaran adalah berbeza bagi setiap pemain.

Pengembaraan tidak sentiasa ada. Anda akan menerima 3 pengembaraan sebaik sahaja mengaktifkan akaun dan kemudian ia akan muncul seperti berikut:

Pelayan berkelajuan 1x

  • hari 1 - 3: 3 pengembaraan sehari
  • hari 4 - 7: 2 pengembaraan sehari
  • hari 8 - 21: 1.2 pengembaraan sehari
  • hari 22 - pelayan tamat: 0.6 pengembaraan sehari

Pelayan berkelajuan 3x

  • hari 1/3 - 3/3: 3 pengembaraan setiap 8 jam
  • hari 4/3 - 7/3: 2 pengembaraan setiap 8 jam
  • hari 8/3 - 21/3: 1.2 pengembaraan setiap 8 jam
  • hari 22/3 - pelayan tamat: 0.6 pengembaraan setiap 8 jam

Hari yang dinyatakan adalah merujuk kepada hari akaun diaktifkan dan bukan dari hari pelayan bermula. Oleh itu, dalam tempoh 24 jam, terdapat 6 pengembaraan untuk setiap pemain. Disebabkan masa kemunculan pengembaraan adalah secara rawak pemain mungkin menerima 9 pengembaraan dalam tempoh 30 jam dan kemudian tidak menerima apa-apa pengembaraan dalam tempoh 30 jam seterusnya.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak