Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Inilah keseluruhan kampung anda. Ini adalah tempat anda membina lapangan sumber untuk meningkatkan produksi anda. Mari kita dapatkan sedikit informasi berkaitan keseluruhan kampung.
1. Ini adalah senarai sumber yang dimiliki serta kapasiti gudang/jelapang anda. Pada sebelah kanan, terdapat gambar gandum dengan tanda "/". Nombor "2" adalah populasi anda dan nombor "12" adalah produksi tanaman anda.
2. Ini adalah lapangan sumber anda. Terdapat 4 jenis sumber iaitu kayu, tanah liat, besi dan tanaman. Setiap pembinaan atau latihan askar memerlukan sumber-sumber dan sumber paling penting adalah tanaman. Ini kerana tanaman diperlukan untuk menyelenggara setiap bangunan dan askar anda.
3. Ini menunjukkan jumlah produksi semasa sumber pada kampung anda. Semakin tinggi lapangan sumber anda, semakin tinggi produksi sumber tersebut. Seperti yang anda lihat, produksi tanaman anda adalah 10 dan berbeza dengan penerangan pada nombor 1 tadi yang mana produksi tanaman adalah 12. Ini adalah kerana 2 tanaman telah digunakan untuk menyelenggara bangunan yang telah ada dalam kampung anda (lihat pusat kampung)
4. Askar-askar yang ada di kampung akan ditunjukkan di sini. Buat masa ini, anda masih belum memiliki askar lagi.
Inilah pusat kampung. Di sinilah anda membina bangunan-bangunan anda. Terdapat 1 bangunan yang telah disediakan iaitu Bangunan Utama. Bangunan Utama adalah bangunan yang paling penting dan ia merupakan pra-syarat untuk membina kebanyakan bangunan lain. Terdapat banyak "bulatan" pada kampung, klik mana-mana bulatan untuk membina bangunan.
1. (merah) : Lilitan hijau ini adalah tempat anda membina tembok. Setiap puak boleh membina tembok untuk melindungi kampung. Tembok antara puak-puak adalah berbeza.
2. (oren): Inilah tempat untuk anda membina Titik Perhimpunan. Ia digunakan untuk mengarah askar anda (i.e menyerang) atau untuk menyasarkan bangunan yang mahu anda tarbil. Semakin tinggi tahapnya, semakin banyak sasaran boleh dipilih oleh tarbil. Titik perhimpunan juga merupakan pra-syarat untuk membina berek dan pelbagai bangunan lain.
Inilah peta dunia Travian. Kampung anda terletak di tengah-tengah peta (petak kuning). Petak biru adalah kampung rakan sepersekutuan anda, petak hijau adalah kampung pemain dari persekutuan yang bersekutu dengan persekutuan anda, petak hijau muda adalah pemain dari persekutuan yang sedang mengisytiharkan gencatan senjata (PTA) dengan persekutuan anda dan petak oren adalah pemain yang tidak memiliki apa-apa hubungann dengan anda. Jika anda bawa tetikus ke kampung, anda boleh melihat nama pemain, populasi dan persekutuan pemain yang memiliki kampung tersebut. Jika anda klik pada kampung, ia akan membawa anda ke halaman baru yang lebih lengkap dan memberi anda pilihan untuk melihat kampung tersebut dari tengah peta, menyerang atau menghantar pedagang.
Petak yang bernombor 1 adalah Oasis. Jika anda klik pada Oasis, anda boleh lihat maklumat oasis tersebut, contohnya jumlah binatang liar yang berada dalam oasis tersebut. Oasis boleh dijajah untuk mendapatkan bonus (i.e +25% tanaman). Anda perlukan minimum Rumah Agam Wira tahap 10 dan Wira untuk menjajah oasis. Ia akan diterangkan kemudian kerana anda masih belum bersedia untuk menjajah oasis.
Bulatan merah mengandungi koordinat kampung. Masukkan koordinat kampung di sini untuk terus melihat kampung tertentu dari peta Travian.