Jawapan paling banyak diminta
Tambahan Terbaru
Travian Answers
Mulakan dengan soalan anda
Cari dengan menjawab soalan
Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
04. Yang perlu diketahui berkenaan butang utama?
YA! saya telah membuka akaun dan telah log masuk. Adakah saya sudah boleh mula bermain? TIDAK! belum lagi! Anda masih belum tahu cara bermain. Mari kita pelajari serba sedikit berkenaan butang-butang yang disediakan.
Lihat ini! Inilah bagaimana rupa keseluruhan kampung pemain baru. Tiada pembinaan atau apa sahaja, tetapi kita akan buat nanti.
Mari kita lihat perkara-perkara penting yang perlu anda tahu.
1. Ini merupakan set pautan yang ada kaitan dengan permainan ini. Ia adalah:
- pautan ke halaman utama
- pautan ke forum permainan,
- pautan ke halaman Answers (FAQ)
- pautan ke Terma dan syarat permainan
- pautan ke penerbit
2. Buku hitam dengan tanda soal di sebelah kiri bawah halaman ini akan membawa anda ke halaman bantuan Travian. Halaman ini mengandungi pautan ke FAQ Travian, peraturan permainan, tempat pertanyaan soalan berkaitan plus dan permainan, forum dan akhir sekali panduan asas Travian.
3. Ini adalah Pemberi Tugasan. Dia memberikan tugas kepada anda bagi memudahkan anda mengenali permainan Travian. Setiap tugasan yang berjaya disempurnakan akan diberikan ganjaran.
4. Di sini ditunjukkan nama kampung dan peratus kesetiaan kampung anda. Dwi-klik nama kampung anda akan membolehkan anda menukar nama kampung.
5. Ini akan membolehkan anda melihat keseluruhan kampung anda.
6. Ini akan membawa anda ke pusat kampung yang mana ia adalah tempat anda membina pelbagai bangunan seperti berek, gua, gudang dan sebagainya.
7. Ini adalah butang Peta yang membolehkan anda melihat kedudukan kampung-kampung dalam dunia Travian.
8. Klik di sini untuk melihat statistik permainan. Di sini terdapat statistik pemain, kampung, persekutuan dan sebagainya.
9. Ini pula tempat anda melihat laporan. Anda akan menerima laporan apabila anda diserang, menyerang dan sebagainya. Butang ini akan berwarna hijau jika terdapat laporan baru diterima anda.
10. Ini tempat butang mesej. Butang mesej adalah tempat anda membaca mesej yang diberi pemain lain atau tempat anda menghantar mesej. Butang ini akan berwarna emas jika terdapat laporan baru diterima anda.
11. Ini butang Plus/Emas. Ia menunjukkan jumlah Emas dan Perak yang sedang dimiliki. Jika anda klik di sini, ia akan membawa anda terus ke halaman yang membolehkan anda menggunakan atau membeli Emas.
12. Ini adalah Wira anda. Klik di sini dan anda akan dibawa ke halaman/tetapan Wira anda.
12(a). Imej peta kecil ini adalah butang pengembaraan. Klik pada butang ini untuk membuat pengembaraan.
12(b). Ini butang Lelong. Klik di sini untuk membuat atau menyertai lelongan barang.
13. Ini adalah nama akaun anda. Klik di sini untuk masuk ke Profail akaun anda.
14. Akhir sekali ialah butang log keluar. Padamkan cookie setiap kali log keluar.
Inilah butang-butang penting yang perlu anda ketahui. Sekarang anda perlu menambah pengetahuan berkaitan permainan ini.