Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Lapangan sumber Anda boleh melihat keseluruhan lapangan sumber anda di Keseluruhan Kampung. Jika diperhatikan, akan dapat melihat kadar produksi sumber anda dalam tempoh sejam, tentera anda yang tersedia di dalam kampung (jika ada), dan 4 jenis tapak sumber seperti berikut:
Jenis Sumber
Imej
Nota
Kayu
Puak Teuton mempunyai askar yang menggunakan sumber kayu yang banyak dalam latihan. Kos pembinaan Residen juga memerlukan jumlah kayu yang banyak untuk dibina.
Tanah liat
Tanah liat adalah keperluan utama Puak Gaul. Kos melatih askar Gaul memerlukan tanah liat yang banyak. Kampung yang sedang dalam pembangunan juga memerlukan lebih tanah liat
Besi
Besi merupakan keperluan utama bagi Puak Rom. Kos melatih askar dan membina Tembok Bandar amat memerlukan besi sebagai sumber utama.
Tanaman
Tanaman merupakan sumber paling penting untuk semua Puak dalam Travian. Bangunan memerlukan tanaman yang kurang ketika pembinaan tetapi anda masih tidak mempunyai kadar produksi tanaman yang cukup walaupun anda diberikan 6 tapak sumber untuk Ladang berbanding sumber lain. Ini kerana kadar senggaraan bangunan dan askar anda akan ditolak dari jumlah produksi Tanaman anda
Untuk meningkat tahap tapak sumber anda, klik pada gambar seperti di atas dan arahan "Tingkatkan ke tahap X". Jika arahan ini tidak aktif, sebab atau prasyarat yang tidak dipatuhi akan dipaparkan.
Cuba dapatkan produksi sumber yang sama pada setiap masa dan jumlah tanaman pada 50% dari jumlah sumber lain, seperti contoh:
Kayu: 100/jam Tanah Liat: 100/jam Besi: 100/jam Tanaman: 50/jam Semestinya anda boleh memilih sumber mana perlu dilebihkan, ini hanyalah panduan umum buat anda.
Jelapang dan Gudang merupakan tempat simpanan semua jenis sumber dalam Travian. Jelapang digunakan untuk menyimpan tanaman sahaja manakala Gudang digunakan untuk menyimpan Tanah Liat, Besi dan Kayu. Kedua - dua bangunan ini adalah keperluan utama sesebuah kampung dan merupakan prasyarat untuk membina pasar.
Industri sokongan - kilang kayu, kilang bata, kilang besi, pengisar bijian dan kedai roti. Industri sokongan memberikan anda bonus produksi sumber mengikut jenisnya. Setiap sumber mempunyai Industri sokongan dan tanaman mempunyai tambahan dengan adanya Kedai Roti.
Kayu: Kilang kayu memproses kayu yang ditebang menjadi kayu yang lebih berkualiti dan meningkatkan jumlah produksi kayu dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kawasan Pembalakan anda di tahap 10.
Tanah liat: Kilang bata memproses tanah liat menjadi batu bata dan meningkatkan jumlah produksi Tanah Liat dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Kuari Tanah Liat anda di tahap 10.
Besi: Kilang besi menjadikan pengeluaran besi anda kepada blok - blok besi yang kuat dan meningkatkan jumlah produksi besi dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Lombong Bijih Besi anda di tahap 10.
Tanaman: Pengisar bijian memproses hasil tanaman anda menjadi tepung yang terbaik untuk kegunaan penduduk anda dan meningkatkan jumlah produksi tanaman dalam sesebuah kampung kepada maksimum 25% dari jumlah produksi sedia ada. Ia memerlukan salah satu Ladang anda di tahap 5. Sekiranya anda mempunyai Ladang pada tahap 10 dan Pengisar Bijian pada tahap 5, anda boleh membina kedai roti yang akan menambahkan 25% lagi kepada jumlah produksi sedia ada.
Simpanan dipertingkat - - Jelapang Besar dan Gudang Besar Dengan mendapatkan artifak yang memiliki kebolehan untuk membina keduanya, anda boleh membina Jelapang Besar dan Gudang Besar. Mereka yang memiliki kampung Keajaiban Dunia boleh membina kedua duanya tanpa artifak.