Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

03. Bagaimana hendak mendaftar dan log-masuk?

Ok, setelah anda memahami kandungan halaman utama, inilah masanya untuk membuat pendaftaran.

Registration

Mari kita lihat kandungan halaman pendaftaran.

STEP 1 : Ini adalah nama anda dalam permainan Travian ini. Ia selalu dirujuk sebagai "Nama Pengguna". Anda boleh gunakan apa sahaja nama yang anda mahu selagi ia tidak berunsurkan hinaan, lucah atau menggunakan perkataan yang tidak sesuai.


STEP 2 : Ini adalah e-mel yang anda gunakan untuk pendaftaran. E-mel ini merupakan bukti pemilikan akaun anda dan pastikan anda menggunakan e-mel anda sendiri.  Jika anda tidak memiliki e-mel, anda boleh mendaftar secara percuma di  Yahoo, Hotmail, atau Gmail.

STEP 3 : Isikan kata laluan akaun anda di sini. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang selamat. Jangan gunakan kata laluan mudah seperti "123456" atau "abcdef". Gabungan antara nombor dan huruf adalah yang terbaik.

STEP 4 : Pilih puak anda di sini. Terdapat 3 puak yang memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pilih puak yang bersesuaian dengan anda. Jika anda pemain yang suka bertahan atau pemain baru, puak Gaul merupakan puak terbaik. Jika anda pemain yang aktif dan suka menyerang, puak Teuton paling sesuai dengan anda.  Berdasarkan taktikal, puak Rom sesuai untuk pertahanan dan serangan.

STEP 5 : Pilih tempat permulaan anda. Dunia Travian adalah sangat besar, jika anda bermain bersama rakan-rakan, pastikan anda dan rakan-rakan memilih tempat permulaan yang sama supaya boleh saling bantu membantu dalam peperangan.

STEP 6 : Di sini anda boleh memilih watak wira anda. Anda boleh pilih rawak dahulu kerana ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja.

STEP 7 : Baca dengan teliti dan terima  peraturan permainan dan juga terma & syarat umum. Pastikan anda telah selesai membaca peraturan permainan sebelum anda klik pada kotak yang disediakan. Sebagai tambahan, anda juga boleh melanggan untuk mendapatkan berita atau maklumat berkaitan permainan Travian. Berikut adalah contoh langkah 1 hingga 7.

hero

STEP 8 : Klik "daftar" jika anda telah bersedia untuk mendaftar.

Activation
Step 8 akan membawa anda ke halaman pengaktifan. Apabila anda klik daftar, e-mel yang mengandungi kod pengaktifan telah dihantar ke e-mel yang anda masukkan pada Step 2. Buka e-mel anda, salin kod pengaktifan yang diberikan dan masukkan ke dalam kotak "kod pengaktifan" pada halaman ini dan klik "hantar". Jika anda tidak menerima e-mel yang dinyatakan, cuba periksa dulu bahagian spam e-mel anda.

Jika tiada, anda boleh klik pada pautan yang ditunjukkan anak panah berikut. Ia akan memberi anda panduan untuk mendapatkan kod pengaktifan. 

register
Atau, anda boleh log masuk dahulu dengan nama pengguna dan kata laluan yang telah dipilih, kemudian klik pada pautan yang ditunjukkan anak panah merah dibawah:

possible causes

Halaman yang mengandungi kemungkinan sebab akaun anda tidak sah akan dipaparkan. Anda boleh membetulkan kesilapan atau membuat pendaftaran baru.

no email received

Akaun anda telah berjaya diaktifkan! Klik di sini untuk log-masuk. Cuma masukkan nama pengguna dan kata laluan anda untuk log-masuk.


side bar


Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak