Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Servis IRC adalah sistem yang sangat penting pada rangkaian. Ia menyediakan pelbagai servis untuk pengguna seperti:
Nickserv
Anda boleh mendaftar nama pada IRC untuk menjadikannya milik anda. Oleh itu tiada orang lain boleh menyamar sebagai anda ketika ada diluar talian. Ia juga menambah beberapa fungsi lain seperti menyertai saluran secara automatik atau membolehkan anda menghantar mesej kepada seseorang yang sedang diluar talian.
Chanserv
Servis ini membolehkan anda mendaftarkan saluran. Ia menyediakan sistem pengurusan yang membolehkan anda memberi kedudukan kepada pengguna (SOP, AOP, HOP, VOP) yang akan membantu anda menguruskan saluran anda. Setiap kali anda masuk ke IRC dan mengesahkan pemilikan nama anda, chanserv akan memberikan anda hak untuk saluran anda.
Memoserv
Servis ini membolehkan anda menghantar mesej kepada seseorang yang di luar-talian (mahupun di dalam). Sebaik sahaja pengguna tersebut mengesahkan pemilikan namanya, dia akan menerima mesej yang dihantar.
Botserv
Seperti namanya, ia menyediakan anda bot untuk membantu pemilik menguruskan salurannya. Anda boleh tetapkan bot tersebut untuk menendang/melarang pengguna yang melanggar peraturan. Anda memerlukan sedikit pengetahuan berkaitan botserv untuk tahu menggunakannya.
Hostserv
Servis ini khas untuk krew semua negara untuk memiliki hos peribadi mereka.
Operserv
Seperti namanya, ia adalah khas untuk opers/IRCops pada rangkaian tersebut. Ia menyediakan beberapa pilihan untuk menguruskan rangkaian.
Nickserv
Jika anda pengguna tegar, adalah lebih baik anda mendaftarkan nama IRC anda bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh orang lain. TravianGames IRC mengesyorkan pengguna mendaftarkan nama IRC untuk mengelakkan sebarang masalah. Tiada bantuan akan diberikan kepada mereka yang tidak mendaftarkan nama. Dengan lebih 3 juta pemain di seluruh dunia, terdapat kemungkinan besar ada pemain yang memiliki nama IRC yang sama.
Menggunakan aplikasi yang disediakan untuk masuk akan menjadikana nama anda T_Guest*** atau CCN|Nama C= negara, N = pelayan. Example: com4|Nick
Untuk menukar nama:
/nick nama
Selepas menukar nama, anda boleh memulakan pendaftaran.
/NickServ REGISTER passwordyour@email
Kemudia, anda akan menerima mesej berikut:If you have done this correctly:
-NickServ- A passcode has been sent to your@email, please type /msg NickServ confirm to complete registration
Periksa inbox pada email yang digunakan dan buka email dari irc@travian.org. Dalam e-mel tersebut, terdapat kod untuk mengesahkan pendaftaran. Masuk ke IRC dan masukkan kod seperti berikut:
/NickServ CONFIRM code
Kemudian, mesej berikut akan ditunjukkan:
-NickServ- Nickname nick registered under your account: hostname-NickServ- Your password is password - remember this for later use.
Ini bermakna anda telah mengesahkan pendaftaran anda di IRC. Setiap kali anda masuk, anda perlu mengesahkan pemilikan nama anda. Dengan cara itu, sistem mengenali anda. Setiap kali masuk, taip seperti di bawah:
/NickServ IDENTIFY password
Jika anda mengalami sebarang masalah, nyatakan pertanyaan anda pada saluran di bawah:
/join #help
Jika anda tidak biasa berbahasa Inggeris atau mahukan bahasa lain, anda boleh set bahasa seperti berikut:
/NickServ set language
10 bermaksud anda mahukan bahasa Dutch
Available languages:
1. English 2. Français 3. Deutsch 4. Italiano 5. Português 6. Español 7. Türkçe 8. Catala 9. Åëëç?*éêÜ (Greeks) 10. Dutch 11. ??????? (Russian) 12. Magyar (Hungarian) 13. Polski
Keaktifan: Nama IRC yang tidak digunakan selama 60 hari akan dilepaskan pemilikannya. Saluran pula selama 30 hari jika tiada aktiviti berlaku pada saluran tersebut.