Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Cara masuk ke IRC Travian dengan Klien IRC

Ini akan menerangkan kepada anda bagaimana masuk ke IRC travian dengan mIRC, Klien yang biasa digunakan untuk masuk ke IRC.
Nota penting: mIRC memaparkan tetingkap yang mengatakan percubaan akan tamat setelah 30 hari. Biarpun selepas 30 hari, anda masih boleh menggunakannya. Setiap kali bermula, tunggu 3 saat sebelum klik "continue". 

Untuk lebih maklumat atau tutorial berkaitan klien lain, sila klik di sini.

Contoh klien lain:

Selepas pemasangan

Selepas pemasangan mIRC, anda boleh mula menggunakannya. Nota: bar merah tidak akan berwarna merah, ia akan berwarna biru.

mirc

mIRC memaparkan tetingkap yang mengatakan percubaan akan tamat setelah 30 hari. Biarpun selepas 30 hari, anda masih boleh menggunakannya. Setiap kali bermula, tunggu 3 saat sebelum klik "continue".

Selepas klik, anda akan melihat paparan baru. Isikan maklumat anda seperti dibawah:

mirc2

Kemudian, lihat pada menu sebelah kiri. Ada perkataan "Connect" dan dibawahnya ada "Servers". Klik pada "Servers" dan tetingkap baru akan dipaparkan. Di sini, klik "Add" dan isi maklumat yang diperlukan.

mirc3

Klik "Add" pada tetingkap kecil, klik "OK" pada tetingkap besar apabila anda telah selesai mengisikan maklumat.

Pada sebelah kiri atas anda akan lihat tulisan terang.

Klik di situ untuk bersambung ke IRC.

Anda akan lihat banyak tulisan tiba-tiba keluar, anda hanya perlu tunggu sebentar. Biasanya, anda akan dipaparkan dengan kotak "Join your favourite channels". Anda boleh masukkan saluran yang anda hendak masuk di situ atau taip /j [nama saluran] pada ruang di bahagian bawah halaman. 


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak