Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Akaun

Tukar kata laluan

Anda boleh menukar kata laluan dengan memasukkan kata laluan lama dan kata laluan baru seperti ditunjukkan di bawah.

password.png

Tukar e-mel

Anda boleh membuat pertukaran e-mel dengan memasukkan email lama dan email baru anda.

emailchange1.png

Anda akan menerima kod pengesahan pada kedua dua e-mel. Masukkan kod yang diberikan ke dalam ruang yang disediakan untuk melengkapkan pertukaran. Jika anda mahu batalkan pertukaran, tekan X merah.

emailchange2.png

Contoh e-mel yang diterima pada e-mel lama:

email lama

Contoh e-mel yang diterima pada e-mel baru:

email baru

Masukkan kedua dua kod yang diberi:

emailchange5.png

Jika perubahan telah berjaya, mesej berikut akan ditunjukkan:


emailchange3.png

Pertukaran e-mel mesti dibuat jika anda membuat pertukaran pemilik akaun.

Tetapan akaun penjaga

Di sini anda boleh masukkan 2 pemain yang boleh menjadi penjaga akaun anda ketika ketiadaan anda.

Anda juga boleh menetapkan hak bagi setiap penjaga anda seperti yang ditunjukkan di bawah:

  • Hantar serbuan
  • Hantar bantuan
  • Hantar sumber ke pemain lain
  • Beli dan gunakan emas. Sila berhati-hati ketika memberikan hak ini kepada penjaga. Tiada pampasan diberikan jika penjaga anda menyalahgunakan hak ini. Pastikan anda memilih penjaga yang benar benar dipercayai.

sitteroptions1.png

Penjaga tidak akan boleh:

  • Hantar serangan normal
  • Tukar profail pemain dan tetapan akaun yang dijaga.
  • Menggunakan pilihan persekutuan yang dimiliki pemain yang dijaga (nota: penjaga boleh membaca profail persekutuan termasuk serangan dan forum dalaman).
  • Membatalkan pemadaman akaun
  • Memusnahkan bangunan sendiri melalui bangunan utama
  • Membuat pembelian atau penjualan di lelongan.

Tetapan akaun dijaga

Akaun yang menetapkan anda sebagai penjaga boleh dilihat di sini. Anda boleh padamkan diri anda sebagai penjaga dengan klik pada del.png.

Anda juga boleh melihat hak anda ke atas akaun yang dijaga anda di sini.

sitteroptions2.png

Padam akaun

Jika anda mahu memadam akaun, klik "Ya" dan masukkan kata laluan anda untuk pengesahan. Anda perlu tunggu 72 jam sebelum akaun terpadam sepenuhnya. Sila ingat bahawa akaun yang dipadam tidak boleh dikembalikan.

Surat berita

Di sini anda boleh melanggan surat berita Travian.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak