Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Senarai pingat-pingat

Apa itu pingat?

Bermula dengan T3.1, Travian telah memperkenalkan pingat-pingat yang akan dianugerahkan kepada pemain atau persekutuan. Ia diberikan kepada mereka yang berada pada kedudukan 10 terbaik bermula pada Isnin dan berakhir pada hari Ahad.

Kedudukan Top10 bermula setiap minggu pada Isnin 0:00 am

Bagaimana mendapatkan pingat?

Buat masa ini, terdapat 4 kategori pingat dan beberapa pingat khas:
* Pingat pemanjat mingguan
* Pingat penyerang terbaik
* Pingat pembela terbaik
* Pingat perompak terbaik
* Pingat khas
* Pingat edisi terhad
* Pingat-pingat untuk persekutuan

dan yang masih dalam perancangan:
* Pingat pedagang terbaik
* Pingat wira terbaik

Pemanjat mingguan

Pingat ini diberikan kepada pemain yang memanjat kedudukan pemain paling tinggi. Kebiasaanya, pingat ini diterima oleh pemain yang baru mendaftar kerana lebih mudah untuk menaikkan kedudukan dari 5000 ke 4000 (naik 1000) berbanding dari 1000 ke 100. Tetapi, setelah pendaftaran ditutup, perebutan pingat ini akan lebih terbuka dan penjajahan pemain akan menjadi faktor utama untuk mendapatkan pingat ini.

highest climbers.png

Penyerang terbaik

Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata penyerang pada minggu tersebut. Mata penyerang dikira berdasarkan jumlah penggunaan tanaman askar yang dibunuh dan bukannya jumlah askar. Contohnya membunuh 1 tarbil akan memberi 6 mata penyerang dan askar pedang memberi 1 mata penyerang. Mata penyerang dikira tanpa mengira sama ada anda membunuh askar ketika menyerang, menyerbu, membunuh askar alam (oasis) mahupun membunuh askar sendiri.

best attackers.png

Pembela terbaik

Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata pembela pada minggu tersebut. Mata pembela dikira berdasarkan jumlah penggunaan tanaman askar yang dibunuh dan bukannya jumlah askar. Contohnya membunuh 1 tarbil akan memberi 6 mata penyerang dan askar pedang memberi 1 mata penyerang. Mata pembela dikira tanpa mengira sama ada anda membela kampung mahupun oasis. Askar penyerang yang mati disebabkan residen/istana atau tembok juga diambil kira.

best defenders.png

Perompak terbaik

Pingat ini diberikan kepada pemain yang mendapat paling banyak mata rompakan pada minggu tersebut. Mata rompakan dikira berdasarkan jumlah sumber bersih yang berjaya dirompak. Ini bermaksud, jika pemain berjaya merompak 100k sumber dan dia kemudiannya dirompak 100k sumber pada minggu yang sama, mata rompakannya adalah 0. Ini bermakna bagi mereka yang sering dirompak dan gagal merompak kembali, mata rompakan mereka adalah negatif.

best raiders.png

Pingat khas

Pingat ini diberikan kepada pemain yang berjaya mendapat pingat penyerang dan pembela pada minggu yang sama.

bonus.png

Pingat edisi khas

Pingat ini diberikan kepada mereka yang menghadiri Perjumpaan travian di Hammelburg, Germany pada tahun 2009. Album gambar perjumpaan tersebut boleh ditemui di sini.

limited edition medals.png

Pingat untuk persekutuan

Cara mendapatkan pingat untuk persekutuan adalah sama dengan pemain. Untuk persekutuan, hanya pingat bagi kedudukan 1-10 diberikan. Tiada pingat khas atau pingat kerana mendapatkan kedudukan berturut turut. Rekaan pingat untuk persekutuan juga diberi sedikit perubahan berbanding pingat pemain.

alliance.png

Bagaimana memasukkan pingat ke persekutuan

Untuk melihat pingat yang diterima anda, klik pada "Profail" di sebelah kiri halaman dan pilih "profail". Di bahagian bawahnya ada disenaraikan kod pingat yang diterima anda.
Cara meletakkan pingat sama seperti "Tugasan 13: Merpati Keamanan"  yang dibuat anda pada awal permainan. Anda hanya perlu salin kod tersebut dan masukkan ke dalam keterangan profail anda seperti ditunjukkan di bawah:

profile.png

Pingat dalam perancangan

Pedagang terbaik

Pingat ini adalah bagi pemain yang membuat keuntungan paling tinggi di pasar. Contohnya jika pemain berjaya menjual 500 tanaman untuk 1000 tanah liat, pemain akan mendapat 500 mata. Ia masih dalam perancangan dan mungkin terdapat perubahan.

best trader.png

Pingat wira terbaik.

Pingat ini masih dalam perancangan dan belum ada keputusan tepat untuk bagaimana mata pingat dikira. Kemungkinan mata pingat ini dikira berdasarkan jumlah pengalaman yang diterima wira setiap minggu ketika bertahan dan menyerang (seperti pingat penyerang/pembela mingguan) atau dikira berdasarkan peningkatan tahap wira (seperti pingat pemanjat mingguan)

heros.png


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak