Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Faktor kesetiaan

Faktor yang mempengaruhi kesetiaan adalah:
1. Puak penyerang
2. Faktor rawak
3. Perayaan besar oleh penyerang
4. Perayaan besar oleh pembela
5. Perbezaan jumlah populasi antara penyerang dan pembela.


Puak penyerang
Umumnya, penurunan kesetiaan oleh senator/penghulu/pemimpin adalah:
a) antara 20-30% bagi Rom (senator)
b) antara 20-25% bagi Gaul dan Teuton (pemimpin dan penghulu)


Faktor rawak
Terdapat juga faktor rawak yang mempengaruhi penurunan kesetiaan iaitu sekitar +/- 2.5% untuk Gaul/Teuton dan +/- 5% untuk Rom

Perayaan besar oleh penyerang
Jika penyerang sedang mengadakan perayaan besar di kampung yang hendak menjajah, pentadbir penyerang dari kampung tersebut akan menerima tambahan penurunan kesetiaan +5%.

Perayaan besar oleh pembela
Jika pembela sedang mengadakan perayaan besar di kampung yang hendak dijajah, pentadbir penyerang akan menerima tolakan penurunan kesetiaan -5%.

Perbezaan jumlah populasi antara penyerang dan pembela
Perbezaan jumlah keseluruhan populasi (bukan populasi kampung yang menjajah dan dijajah) antara penyerang dan pembela juga memainkan peranan dan merupakan salah satu dari faktor rawak dalam menjajah kampung. Apabila jumlah keseluruhan populasi pembela lebih kecil dari penyerang, pembela diberikan apa yang dipanggil sebagai bonus moral. Tiada nilai tetap bagi bonus ini tetapi sebagai contoh, tanpa perayaan besar dari penyerang dan pembela, Pemimpin dari puak Gaul hanya menurunkan 13% kesetiaan apabila populasi keseluruhan pembela hanya 20% dari populasi keseluruhan penyerang.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak