Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Menghalang dari dijajah

Adalah perkara biasa kegagalan mempertahankan kampung adalah disebabkan oleh pemain tidak tahu apa yang patut dilakukan atau lambat bertindak. Dengan pertahanan yang baik, pemain boleh memberi kerugian besar pada penyerang atau mengelakkan dari dijajah.

Berjaga jaga

Pengintip
Pengintip selalu dipandang rendah tetapi dengan harganya yang murah, ia mampu mempertahankan serangan dengan mudah. Biasanya, pemain yang mencari mangsa untuk dijajah akan menghantar dahulu pengintip untuk membuat anggaran kerugian apabila memulakan penjajahan.
Jika setiap pengintip yang dihantar mati, penyerang tidak akan menerima laporan pertahanan dan mungkin akan mula mencari mangsa yang lebih mudah. Biarpun askar penyerang berjaya mengintip, pemain boleh bersedia kerana tahu kampungnya diintip.

Tembok bandar / pagar kubu / tembok tanah
Struktur pertahanan ini meningkatkan nilai pertahanan bagi askar dalam kampung tersebut sehingga 81% (untuk nilai tepat, rujuk halaman bangunan). Dengan bonus ini, askar yang sedikit sudah cukup untuk mempertahankan kampung.

Persekutuan
Persekutuan yang baik bukan sahaja untuk menggerunkan pihak lawan, tetapi juga untuk menyediakan bantuan ketika kampung anda diserang. Diplomasi adalah sangat penting!

Perayaan
Jika boleh, setiap kampung hendaklah memiliki 1 Dewan Perbandaran tahap 10 supaya anda boleh membuat satu perayaan besar yang akan mempengaruhi sokongan pemimpin. Di samping itu, perayaan juga meningkatkan mata budaya yagn boleh mempercepatkan anda mengasaskan atau menjajah kampung.

Menganalisis serangan

Terdapat 3 jenis serangan:

  1. Serbuan
    Serangan ini biasanya menggunakan askar yang cepat bagi memeranjatkan pembela.
  2. Serangan palsu
    Biasanya digunakan dalam kombinasi dengan serangan menjajah untuk mengelirukan pembela yang mana serangan sebenar.
  3. Menjajah
    Penjajahan dibuat dengan beberapa turutan serangan yang memiliki tarbil dan pelantak yang menjadikan mereka perlahan.

Kelajuan unit serangan sentiasa merujuk pada askar yang paling perlahan yang terlibat dalam serangan. Tarbil dan pelantak adalah yang paling perlahan bagi semua puak dan tarbil diperlukan untuk misi penjajahan (memusnahkan istana atau residen). Apabila anda melihat terdapat serangan ke kampung anda, anda boleh lihat kampung yang menyerang di titik perhimpunan dan menganggarkan jenis askar penyerang. Gunakan kalkulator perjalanan ini untuk membantu anda. Memandangkan anda perlu mengesan pergerakan askar penyerang secepat mungkin, faktor keaktifan anda memainkan peranan utama.
Beberapa gelombang serangan merupakan tanda penjajahan tetapi ia juga mungkin merupakan serangan palsu. Anda juga perlu lihat kampung yang diserang. Penyerang biasanya akan cuba menjajah kampung yang memiliki populasi yang besar atau strategik.

Gelombang penjajahan terdiri dari "pembersih" yang akan membunuh semua pertahanan (termasuk tembok), diikuti oleh tarbil (untuk memusnahkan istana atau residen)  dan akhir sekali pentadbir untuk menurunkan kesetiaan. Ini adalah asas bagi penjajahan dan tidak terpakai untuk semua taktikal pemain. Adakalanya terdapat pemain yang menggabungkan "pembersih", tarbil dan pentadbir dalam gelombang serangan yang sama (biasanya bagi mereka yang memiliki bala tentera yang besar).

Disamping itu, jika anda diserang oleh pemain yang sama tetapi dari pelbagai kampung dan jarak ketibaan semua kampung hampir sama (biasanya kampung utama sampai dulu), itu juga petanda bahawa kampung anda sedang cuba dijajah. Adalah sukar untuk mempertahankan kampung dari serangan utama ("pembersih" yang besar), tetapi anda boleh mempertahankan serangan dari kampung kampung seterusnya (biasanya terdiri dari pentadbir dan sebilangan askar).

Strategi pertahanan

Pembela memiliki beberapa cara untuk menangani serangan penjajahan.
Faktor paling utama ialah jangan putus harapan dan sentiasa cuba yang terbaik untuk mengelakkan kampung dari dijajah atau menyebabkan kerugian besar kepada penyerang. Terus berusaha juga membolehkan anda mendapat pengalaman berharga untuk lebih memahami cara menangkis serangan penjajahan.

Tembok
Strategi ini sesuai jika anda mampu menyediakan askar pertahanan untuk melawan serangan. Sebaiknya, sentiasa pastikan tembok berada pada tahap yang tinggi. Gunakan kombinasi askar pertahanan yang kuat terhadap infantri dan askar berkuda (contohnya gabungan askar lembing dan paladin) kerana anda tidak tahu jenis askar yang menyerang.                             

Askar mesti berkumpul sebelum serangan sampai. Pemain juga boleh menggabungkan semua askar dari semua kampung bagi menyediakan askar pertahanan yang secukupnya. Anda juga boleh menulis mesej kepada ketua persekutuan untuk meminta bantuan dari rakan-rakan sepersekutuan sama ada bantuan askar pertahanan mahupun bantuan tanaman (aska yang berkumpul menyebabkan kampung tersebut kekurangan tanaman).

Mencelah gelombang
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, "pembersih" terdiri dari satu bala tentera yang besar. Oleh itu, jika anda tidak memiliki askar pertahanan yang secukupnya, adalah lebih baik anda mengelak dari berdepan dengan gelombang pertama dan bertahan dari gelombang kedua (tarbil) dan ketiga (pentadbir). Tarbil dan pentadbir biasanya tidak diiringi oleh askar sebesar "pembersih". Oleh itu askar pertahanan yang diperlukan tidak sebanyak askar yang diperlukan untuk menangkis serangan gelombang pertama.

Anda akan kerugian sumber kerana dirampas, tetapi ini adalah strategi yang digunakan khas untuk mereka yang tidak mampu menangkis serangan utama penyerang.

Bonus perayaan
Buat perayaan ketika diserang. Perayaan pada kampung yang hendak dijajah mampu mengurangkan kadar efektif pentadbir sebanyak 5%. Ini akan menyebabkan lebih banyak pentadbir diperlukan untuk menjajah kampung. Kegagalan pihak penyerang mengambil kira faktor ini boleh menyebabkan penyerang menghantar pentadbir yang tidak mencukupi dan ini akan memberi anda lebih masa untuk lebih bersedia. Jika penyerang menghantar banyak pentadbir, ia bermakna lebih banyak gelombang dan anda boleh gunakan strategi menangkis gelombang di atas.

Serang balas

  • Curi tanaman

    Bagi misi penjajahan, jumlah askar yang diperlukan adalah besar dan ketika penjajahan, kampung tersebut biasanya akan mengalami krisis tanaman (tanaman -ve). Oleh itu, jika anda memiliki askar penyerang, ini merupakan masa terbaik untuk anda menyerang balas ke atas kampung penjajah tersebut untuk mencuri sumber (terutamanya tanaman) dan seterusnya boleh menyebabkan sebilangan askar yang sedang dalam perjalanan ke kampung anda mati kebuluran.
    Ini sebaiknya dilakukan secara berkumpulan dengan bantuan rakan-rakan sepersekutuan. 

  • Menjajah kampung penjajah

    Menjajah kampung yang hendak menjajah anda bukan sahaja akan menghentikan serangan yang mendatang, malahan menyebabkan kerugian besar pada penyerang. Askarnya akan hilang dan kampungnya telah menjadi milik anda. Strategi ini jarang dilakukan kerana ia memerlukan kekuatan serangan pembela sekuat penyerang.

Menjajah semula

Dengan strategi ini, anda menjajah semula kampung anda yang baru dijajah. Penyerang pastinya memerlukan masa untuk menyediakan pertahanan kampung tersebut dan ini merupakan peluang anda untuk menjajah semula dan membunuh askar pengiring pentadbir penyerang. Tetapi, anda perlu cepat menjajah semula kerana apabila penyerang telah sempat membina istana atau residen, anda perlu menghantar tarbil (menyebabkan lebih lambat), memberi masa pada penyerang untuk bertahan dan kesetiaan kampung tersebut akan turut naik.  Sentiasa ingat bahawa pengiring pentadbir bagi gelombang terakhir mungkin merupakan sepasukan askar pertahanan. Oleh itu, gunakan askar serangan yang secukupnya atau tangkis gelombang terakhir dengan baik, jajah semula kampung anda dan naikkan istana atau residen secepat mungkin.

Ambil kesempatan atas kesilapan penyerang

Adakalanya anda berhadapan pemain yang bukan pakar dan pemain pakar juga bukan sempurna. Kesilapan atau kelalaian penyerang merupakan satu kesempatan terbaik buat anda!

Serangan palsu
Ini adalah contoh serangan palsu:

  • Serangan terasing ke atas kampung yang kurang penting sedangkan kebanyakan gelombang serangan ke arah kampung tertentu.
  • Perbezaan masa serangan antara gelombang terlalu jauh
  • Serangan berterusan pada kelajuan yang sama serta dari kampung yang sama.

Penyertaan rakan sepersekutuan
Jika penjajah menyertakan rakan sepersekutuan dalam serangan tersebut, ia mungkin bermaksud tambahan bagi gelombang pertama. Tetapi ia juga mungkin sekadar serangan palsu yanag bertujuan mengelirukan anda.

Perkara yang tidak dijangka.
Adakalanya, masalah teknikal boleh menyebabkan kelewatan dan masalah pada strategi anda. Ini boleh terjadi kepada penjajah dan pembela.

  • Penangguhan (Lag)

    Penangguhan boleh berlaku pada bila-bila masa dan biasanya disebabkan oleh beban tinggi pada pelayan yang perlu membuat pelbagai pengiraan. Ini akan memperlahankan permintaan atau tindakan oleh pemain dari sesaat hingga ke beberapa minit. Gagal mencelah gelombang dan gelombang tarbil lebih hadapan dari gelombang "pembersih" adalah contoh apa yang boleh berlaku disebabkan masalah ini.

  • Kegagalan pelayan

    Kegagalan pelayan secara tiba-tiba adalah amat jarang, tetapi ia boleh memusnahkan semua pelan yang dirancang. Penyelenggaraan pula biasanya diumumkan, oleh itu anda boleh lebih bersedia.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak