Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Masalah dengan tanaman?

Masalah Dengan Tanaman

Ketika awal permainan, salah satu masalah pemain adalah berkenaan dengan pengurusan sumber terutamanya mengenai produksi tanaman. Ini boleh dilihat jelas apabila anda pergi ke Keseluruhan Kampung dan lihat pada produksi tanaman anda yang hanya tinggal:

Crop Tanaman: 2 sejam

Kebanyakan bangunan, lapangan sumber dan askar memerlukan senggaraan makanan seperti yang ditunjukkan pada simbol Cropusage ketika hendak membina bangunan atau melatih askar.
Sebagai contoh, kawasan pembalakan pada tahap 1 memerlukan:
Lumber 40 Clay 100 Iron 50 crop 60 Cropusage 2

Ini bermakna, ia memerlukan 40 kayu, 100 tanah liat, 50 besi dari gudang dan 60 tanaman dari jelapang. Sebagai tambahan, ia memerlukan 2 tanaman sebagai senggaraan makanan.. Senggaraan makanan ini akan ditambah dengan jumlah senggaraan makanan jika anda menaikkan tahap kawasan pembalakan ke tahap 2 kelak dan ditolak dari produksi semasa tanaman anda. Jika dilihat pada menu diatas kampung anda, terdapat jumlah sumber anda dan kapasiti gudang termasuk jumlah kadar senggaraan makanan ditunjukkan, seperti contoh berikut:
Lumber 145/800 Clay 200/800 Iron 100/800 Crop 90/800 Cropusage 12/14

Cropland Ini bermakna, didalam gudang anda mempunyai 145 kayu, 200 tanah liat, 100 besi, 90 tanaman dan senggaraan makanan 12 dari jumlah produksi anda 14 tanaman sejam. Pada ketika ini, jika anda cuba meningkatkan kawasan pembalakan ke tahap 1, anda tidak dibenarkan melakukannya lagi kerana produksi tanaman anda yang sedikit.


Untuk meningkatkan tahap tanaman anda, pergi ke Keseluruhan Kampung dan klik pada ladang anda (kuning) dan naikkan tahap ladang anda terlebih dahulu. Ia akan menunjukkan jumlah sumber yang diperlukan untuk menaikkan tahap ladang anda. Andaikan anda mempunyai jumlah sumber yang mencukupi, anda boleh menaikkan tahap ladang. Sila ambil perhatian bahawa untuk menaikkan ladang ke tahap 1 juga memerlukan 20 tanaman.

Produksi tanaman negatif dan kesannya.

Apabila anda telah mempunyai askar yang berlebihan, senggaraan makanan kampung anda akan bertukar negatif. Ini menunjukkan askar anda didalam kampung akan mengosongkan jelapang anda sedikit demi sedikit. Jika pemain tidak menambah tanaman apabila jelapang telah tiada tanaman, askar anda akan mati kebuluran dan mati satu demi satu. Apabila produksi tanaman mencapai tahap 0, masalah kebuluran akan terhenti.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak