Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.
Saya ada soalan berkenaan..
Cari dengan kata kunci
Anda boleh mencari jawapan dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan persoalan anda. Contoh: Anda hendak tahu bagaimana hendak memusnahkan bangunan? Cuma taipkan "musnah" dan lihat jawapan yang berkaitan dengan kata kunci ini.
Cari dengan sitemap
Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.
Bagaimana melepaskan askar yang masuk ke dalam perangkap? Gunakan serangan normal dan serang kampung yang memerangkap askar anda. Askar yang dihantar perlu ada yang hidup dan balik bagi membolehkan askar yang terperangkap terlepas. Tetapi 25% askar yang terperangkap akan terbunuh dan hanya 75% akan berjaya pulang.
Bolehkah serangan dibatalkan? Ya, sebelum 90 saat selepas serangan dihantar.
Apakah peratus peningkatan unit apabila diperbaiki di bengkel fabrikasi? Peningkatan 1.5% bagi setiap tahap
Apa yang terjadi apabila saya menukar ibukota? Jika anda menukarkan Ibukota anda, Kampung yang menjadi ibukota lama anda akan kehilangan semua peningkatan tahap sumber yang melebihi dari tahap 10. Sebagai tambahan, Bengkel batu akan musnah, dan jika terdapat Berek besar atau kandang kuda besar dibina sebelum ini juga akan turut musnah. Amaran: Tiada cara untuk mengubah semula tindakan ini jika anda berubah fikiran!
Bolehkah saya memusnahkan bangunan saya? Ya. Lihat "Bagaimana hendak meruntuhkan bangunan".
Bagaimana hendak membina gua tambahan? Gua kedua dan seterusnya boleh dibina setelah anda membina 1 gua tahap 10.
Bagaimana kebuluran bertindak? 1. Kebuluran akan melanda askar bantuan dari pemain lain dahulu, kemudian askar bantuan dari kampung anda sendiri dan akhir sekali askar dari kampung tersebut. 2. Jenis askar yang terbanyak akan kebuluran terlebih dahulu sehingga terdapat jumlah sama dari 2 atau lebih jenis askar. Apabila ini terjadi, mereka akan kebuluran dari sebelah kiri ke kanan. 3. Pada dasarnya tidak ada perbezaan antara pahlawan, senator dan askar legion. Bagaimanapun, rutin biasa mengimbas tentera dari kiri ke kanan dan biasanya terdapat lebih tentera biasa daripada yang istimewa. Wira sendiri, yang hanya boleh dimiliki satu, akan paling terakhir kebuluran kerana sebab itu. Harus diingat bahawa askar bantuan yang terdiri dari senator, pemimpin, penghulu atau wira tetap akan kebuluran sebelum askar biasa kampung tersebut.