Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Peraturan permainan

Peraturan permainan

Peraturan permainan boleh ditemui di sini.

Terma dan syarat umum

Terma dan syarat umum boleh ditemui di sini.

Sistem pelaksanaan peraturan permainan automatik

Sebilangan peraturan dikawal oleh sistem secara automatik. Oleh itu, pemain tidak akan lagi dilarang disebabkan memberi sumber yang berlebihan kepada pemain atau penjajahan antara akaun yang berkaitan.

Perlindungan paksaan automatik

Sistem ini bertujuan untuk mengelakkan dari pemain menghantar sumber berlebihan kepada pemain lain.

Had penghantaran sumber yang boleh dihantar telah ditetapkan. Sebarang cubaan untuk memberi sumber berlebihan kepada pemain lain akan dikekang oleh sistem secara automatik. Oleh itu, pemain tidak akan lagi dilarang disebabkan memberi sumber yang berlebihan kepada pemain lain.

Had penghantaran sumber ditentukan oleh kaitan antara akaun-akaun yang terlibat.

Kaitan antara pemain:

  • Kaitan 1 Akaun terlibat tidak berkongsi komputer atau talian (IP).
  • Kaitan 2 Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi talian (IP) atau menjadi penjaga.
  • Kaitan 3 Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi pc dalam masa terdekat.

 

Kategori pemindahan sumber:

  • Pemindahan sumber ke pemain lebih besar.
  • Pemindahan sumber ke pemain lebih kecil.
  • Pemindahan sumber ke pemain lebih besar untuk menyelenggara askar bantuan yang di hantar. 
  • Pemindahan sumber ke pemain lebih kecil untuk menyelenggara askar bantuan yang di hantar.
  • Merompak pemain lebih besar.
  • Merompak pemain lebih kecil.

 

Produksi sejam
Produksi sejam ialah jumlah produksi di semua kampung bagi tanah liat, kayu, besi dan tanaman (jumlah produksi tanaman - populasi). Ia juga mengambil kira jumlah purata hasil bersih rompakan (hasil rompakan - hasil dirompak) dalam tempoh 7 hari.

Produksi perjam = produksi bersih semua kampung/jam + purata hasil bersih rompakan/jam

Kombinasi sumber:

Jika pemindahan sumber dihadkan hanya untuk tanaman (i.e penyelenggaraan askar bantuan), pemindahan sumber yang disertai sumber selain tanaman mungkin tidak dibenarkan. 

Pemindahan sumber awal:

Ia bermaksud anda boleh menghantar dahulu sumber untuk beberapa hari akan datang. "boleh hantar 2 jam produksi sumber (7 hari pendahuluan) bermaksud anda boleh hantar sehingga 14 jam sumber sekali hantar, tetapi 6 hari berikutnya anda tidak dibenarkan membuat penghantaran.

Had bagi kaitan 1.

1. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (7 hari pendahuluan) tetapi tidak boleh hantar jika populasi <50
2. boleh hantar 3 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil. (7 hari pendahuluan) tetapi tidak boleh hantar jika populasi <50
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan).
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 300% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan)
5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
6. boleh merompak pemain yang lebih kecil tanpa had (no 1 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)

Had bagi kaitan 2

1. boleh hantar 1 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (3 hari pendahuluan) tetapi tidak boleh hantar jika populasi <50
2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (3 hari pendahuluan)
tetapi tidak boleh hantar jika populasi <50
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 125% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan).
5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1
seksyen ini (Penjelasan : jika populasi besar menyerang populasi kecil, maksimum hasil serbuan tidak akan melebihi dari 1 jam produksi sumber populasi kecil)

Had bagi kaitan 3

1. tidak boleh menghantar apa apa ke pemain yang lebih besar, pemain yang lebih besar perlu menghantar dahulu.
2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (1 hari pendahuluan) tetapi tidak boleh hantar jika populasi <50
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (6 jam pendahuluan) .
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
5. merompak pemain yang lebih besar dihadkan oleh no 2 seksyen ini.
6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1 seksyen ini.
7. tidak boleh saling menjajah.
8. tidak boleh merompak jika ada menghantar sumber dalam tempoh 6 jam sebelum.

Pengecualian

  • Kampung Keajaiban Dunia boleh dibekalkan tanpa had.
  • Kampung Keajaiban Dunia boleh diserang atau dibantu tanpa had.
  • Kampung Artifak boleh dibekalkan dengan tanaman tanpa had.
  • Perdagangan di Pasar.: Jika keseimbangan perdagangan (tanpa rompakan atau hantaran) dalam lingkungan +-20%, perdagangan di pasar akan dibenarkan.

Perlindungan penjajahan automatik

Sistem ini mengelakkan dari pemain melanggar peraturan penjajahan.

Kaitan antara pemain:

  • Kaitan 1 Akaun terlibat tidak berkongsi komputer atau talian (IP).
  • Kaitan 2 Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi talian (IP) atau menjadi penjaga.
  • Kaitan 3 Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi pc dalam masa terdekat.

 

Had bagi kaitan 1.

  • boleh menjajah kampung jika kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.

 

Had bagi kaitan 2.

  • boleh menjajah kampung jika tidak menjadi penjaga aktif dalam tempoh 14 hari sebelum dan kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.

 

Had bagi kaitan 3.

  • tidak boleh saling menjajah.

 

Pengecualian

  • Kampung Keajaiban Dunia sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan).
  • Kampung Artifak sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan)

 

Pengesan bot

Sistem ini bertujuan untuk mengesan pengguna bot (i.e skrip, addon, greasemonkey, program) dan seterusnya mengenakan hukuman automatik. Ia mempunyai 4 bahagian.

1) 1 hari Captcha dan pengosongan gudang. Ini ialah hukuman terus dari sistem. Pemain akan dikenakan captcha, diberitahu bahawa mereka telah dikesan menggunakan bot/skrip, dan apa hukuman jika mereka dikesan menggunakan bot/skrip lagi

2) 1 hari captcha (seperti sebelum ini) Hukuman: pengosongan gudang dan 25% pemadaman askar

3) 1 hari captcha (seperti sebelum ini) Hukuman: pengosongan gudang dan 50% pemadaman askar

4) Pemain akan dilarang oleh sistem.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah jawapan yang disediakan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak

Adakah terjemahannya baik dan mudah difahami?

Ya   Sederhana   Tidak