Travian Answers

Mulakan dengan soalan anda

Cari dengan menjawab soalan

Untuk mendapatkan jawapan, pilih kategori utama dan sub-katergori sehingga jawapan anda dipaparkanl di bawah. Jika persoalan anda masih tidak terjawab, anda boleh terus menghubungi kami.

Saya ada soalan berkenaan..

Mari lihat penerangan lanjut:

Cari dengan sitemap

Anda lebih suka mencari melalui sitemap biasa seperti yang digunakan pada laman web kegemaran anda? Tiada masalah, gunakan Answers sitemap-navigation untuk mencari jawapan anda.

Menjajah kampung

Persediaan

Memiliki Pentadbir (senator, penghulu, pemimpin):
Untuk memiliki Pentadbir, anda perlu menyelidiknya di akademi pada tahap 20 (anda juga perlu mempunyai titik perhimpunan pada tahap 5 jika anda Teuton atau pada tahap 10 untuk Gaul dan Rom). Selepas itu, anda boleh melatihnya di istana atau residen dengan syarat anda memiliki 1 slot kosong pada istana atau residen anda (1 slot kosong = 3 peneroka @ 1 pentadbir)

  • Senator (Rom)Senator ialah pemimpin puak yang terpilih. Beliau ialah seorang pengucap yang baik dan tahu bagaimana meyakinkan orang lain. Beliau mampu memujuk kampung lain berjuang dengan empayar. Senator boleh menurunkan kesetiaan sesebuah kampung dari 20% hingga 30% setiap kali.
  • Penghulu (Teuton) Dalam Teuton, Penghulu terpilih. Untuk terpilih, keberanian dan strategi adalah tidak cukup, anda juga perlu menjadi pengucap yang menggerunkan, kerana ia adalah objektif utama Penghulu, meyakinkan populasi kampung asing untuk memasuki puak Penghulu. Kos melatih Penghulu sangat murah, dan dia boleh menurunkan kesetiaan sesebuah kampung dari 20 ke 25%.
  • Pemimpin (Gaul)Setiap puak mempunyai pejuang kuno dan berpengalaman. Kehadirannya dan ucapan boleh meyakinkan populasi kampung musuh memasuki puaknya dan 20% lebih cepat dari Pentadbir yang lain, Pemimpin boleh menurunkan kesetiaan sesebuah kampung dari 20 ke 25%.

Nilai penurunan kesetiaan Pentadbir yang dinyatakan di atas adalah pada kadar optimum. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi peratusan penurunan kesetiaan seperti bonus moral kampung yang hendak dijajah.Selepas berjaya menurunkan kesetiaan sesebuah kampung menjadi 0%, kampung tersebut akan menjadi kampung anda, pentadbir akan hilang dan askar yang mengiringi pentadbir akan kekal pada kampung tersebut sebagai askar bantuan (pertahanan).

 

Serangan

Kampung yang boleh dijajah:
Ibukota pemain tidak boleh dijajah dan penjajahan tidak mengambil kira kedudukan istana (kampung yang ada istana tetapi bukan ibukota boleh dijajah).

Petunjuk: Anda hanya boleh menjajah kampung pemain setelah residen atau istana telah dimusnahkan, anda mempunyai cukup Mata Budaya dan kampung yang hendak dijajah bukanlah ibukota pemain tersebut.

Teknik Serangan:
Untuk menjajah, adalah tidak berbaloi jika anda menghantar semua jenis askar anda dalam satu serangan. Beberapa siri serangan amat diperlukan dan serangan yang efektif amat diperlukan. Siri serangan pertama selalunya mempunyai misi "menghapus" untuk memastikan semua askar pertahanan dalam kampung lawan dibunuh, siri yang kedua pula merupakan siri serangan "pemusnah" yang memusnahkan residen atau istana dan siri yang terakhir diikuti oleh pentadbir dan beberapa unit askar.
Andaikan anda mempunyai 3000 Askar Kapak, 60 Tarbil dan 2 Penghulu (Contoh Teuton):
1. 2700 Askar Kapak sebagai pasukan "menghapus" yang menggunakan mod serangan normal untuk menghapuskan semua askar pertahanan lawan.
2. Diikuti 150 Askar Kapak dan Tarbil untuk memusnahkan residen atau istana, gunakan mod serangan normal atau tarbil anda tidak akan menembak ketika serangan!
3. Siri serangan terakhir - 150 Askar Kapak dan Penghulu, gunakan mod serangan normal juga atau Penghulu tidak menjalankan tugasnya.

Ulangi langkah 1 dan 3 untuk memastikan anda dapat menurunkan kesetiaan kampung itu ke tahap 0% dan periksa jika pemain tersebut dapat membina residen atau istana semula! Sebaiknya siri serangan ini dilakukan pada sela masa 1 atau 2 saat.

Tips: Semua bangunan yang dimiliki puak tertentu (e.g. palung kuda, pemerangkap atau kedai bir) akan musnah selepas penjajahan dan perlu dibina semula. Mana mana kampung yang telah dijajah atau diasaskan oleh kampung yang baru dijajah akan tetap menggunakan slot residen/istana kampung yang baru dijajah. Menjajah kampung dari pemain yang memiliki populasi lebih kecil dari penjajah akan menyebabkan semua bangunan pada kampung yang dijajah diturunkan 1 tahap.

Selepas serangan:

Bina semula residen atau istana secepat mungkin untuk menaikkan semula kesetiaan kampung terbabit dan letakkan askar pertahanan dan beberapa unit peninjau di kampung terbabit. Peningkatan kesetiaan sejam sesuatu kampung adalah berdasarkan 2/3  tahap residen atau istana. Contohnya, pada tahap 6 residen atau istana akan meningkatkan 4 mata kesetiaan sejam.

Apabila kampung berjaya dijajah, semua askar yang dimiliki kampung tersebut akan hilang. Ini termasuk askar yang berada di luar kampung (askar yang berada pada kampung lain atau sedang dalam perjalanan). Semua penyelidikan askar yang telah dibuat juga di batalkan dan tembok kampung juga dimusnahkan.


Adakah persoalan anda terjawab?

Ya   Sederhana   Tidak